Protein ESP dan turunkan berat badan

Diet tinggi protein menjadi cara yang paling popular untuk menurunkan berat badan kerana kajian menunjukkan bahawa protein akan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

Kajian daripada American Journal Of Clinical Nutrition melaporkan bahawa peserta program diet tinggi protein mereka lebih merasa kepuasan, kenyang lebih lama dan berjaya menurunkan berat badan apabila pengambilan lemak di turunkan sebanyak 20% daripada nilai kalori dalam diet, protein di tingkatkan kepada 30%, dan karbohidrat sekitar 50%.

Dalam kajian lain yang dilaporkan Journal Of Nutrition, menunjukkan diet tinggi protein yang digabungkan bersama-sama senaman mampu menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki paras lemak dalam darah. Penyelidik juga mencadangkan diet tinggi protein di amalkan supaya mereka yang ingin menurunkan berat badan dapat mengawal selera dan pengambilan kalori.

Pelbagai teori diet dikemukakan antaranya, Atkins, Zone, Ornish, LEARN dan POUNDS LOST dan kesemuanya memperkenalkan pendekatan yang berbeza. Antara kelima-limanya, teori diet dengan pengambilan tinggi protein lebih menunjukkan penurunan berat badan dengan lebih cepat.

Apa kaitan protein dengan penurunan berat badan?

1. Memakan makanan tinggi protein seperti ayam, daging, ikan kekacang dan pelbagai makanan tinggi protein yang lain akan menyebabkan pergerakan makanan ke dalam usus menjadi perlahan. Pengosongan perut yang perlahan bermakna anda akan berasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Jadi, keinginan anda untuk makan akan berkurangan.
2. Kesan yang agak stabil dan 'lembut' ke atas glukosa darah dapat mengelakkan kenaikan mendadak glukosa dalam darah yang mana amat sering berlaku apabila kita mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan kentang.
3. Tubuh menggunakan banyak tenaga untuk menghadamkan protein berbanding ia menghadam lemak atau karbohidrat.

Bagaimana protein soya membantu dalam penurunan berat badan?
Banyak kajian menunjukkan protein soya mampu menurunkan paras LDL (kolesterol jahat), baik untuk jantung dan salur darah kerana ia membekalkan lemak politaktepu, serat, vitamin, mineral dan rendah lemak.

*sumber:
1. http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/protein-full-story/index.html#protein_weight_control
2. http://www.webmd.com/diet/guide/high-protein-diet-weight-loss?page=2


ESP (Energizing Soy Protein) dan penurunan berat badan

1. ESP membekalkan 9 asid amino penting yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
2. Membantu kepejalan otot (otot amat penting untuk membakar lemak)
3. Terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam.
4. Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39 (GI tinggi 70 dan ke atas, GI sederhana 56-69,GI rendah 55 dan kebawah).

Indeks glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam darah. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam penurunan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

*ESP juga sesuai di ambil oleh pengidap kencing manis.

Cinch Shake Mix (Shaklee inch loss plan)

1. Satu hidangan membekalkan 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. (sesuai sebagai "meal replacement")
2. Baik di minum bersama-sama ESP kerana protein sangat penting untuk membina otot, meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori.
3. Indeks Glisemik (GI) 22 juga sesuai untuk pengidap kencing manis.
4. Diperkaya dengan leusine: bahan penting untuk memelihara kepejalan otot semasa menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga dan menyokong metabolisme serta memberi kepuasan.
5. Terdapat dalam 3 perisa (Caffe latte, coklat dan vanilla).

Karbohidrat dan penurunan berat badan

Apabila menyebut tentang karbohidrat pula, bukanlah bermakna pengambilan karbohidrat perlu dihentikan sama sekali apabila anda ingin menurunkan berat badan. Karbohidrat sangat penting untuk keseimbangan diet dan tubuh yang sihat. Karbohidrat membekalkan sumber bahan bakar untuk daya tahan organ seperti otak, sistem saraf pusat dan buah pinggang.

Pengambilan karbohidrat yang sangat rendah atau tiada langsung adalah tidak mengikut keperluan diet harian. Tubuh kita memerlukan semua protein, lemak, karbohidrat serta vitamin, garam dan mineral untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Jika pengambilan karbohidrat sangat rendah, ini akan menyebabkan tubuh kita kekurangan banyak khasiat lain yang biasanya juga terdapat dalam makanan tinggi karbo seperti buah dan sayur-sayuran. Ia juga akan menyebabkan tubuh kita tidak mendapat mineral, serat dan antioksidan yang bagus dalam makanan itu.

Diet rendah karbohidrat juga akan menyebabkan tubuh mengalami kesan jangka pendek dan panjang seperti pening, muntah, pitam, dehidrasi, masalah pernafasan, hilang selera; juga akan berpotensi menyebabkan kenaikan berat badan (jika mengambil makanan tinggi lemak), masalah usus, kesan yo-yo (berat turun naik), masalah buah pinggang dan masalah berkaitan osteoporosis.

*sumber:
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Weight_loss_and_carbohydrates

Jadi, dengan pengambilan ESP dan Cinch Shakes atau apa-apa produk Shaklee yang berkaitan penurunan berat badan, kami sangat tidak menggalakkan anda untuk berpantang karbohidrat secara total. Makanlah sama ada nasi, buah, ubi kentang, atau apa sahaja makanan tinggi karbohidrat TETAPI ambillah dalam jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan.




Berminat?
Untuk Info dan Order :
  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
COD di daerah Sik/daerah Baling
ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan: