Alfalfa Complex : Boleh diambil ketika hamil tak?


Ada yang mengatakan Alfalfa Complex ni tak boleh diambil ketika hamil sebabnya Alfalfa Complex ni herba, jadi ianya bersifat panas terhadap badan. Boleh memudaratkan anak dalam kandungan. Berikut adalah hasil penulisan daripada Lisa Goldstein, CPM, CNM, di http://www.virginiahomebirth.com/documents/alfalfa.pdf

Kebanyakan ketidakselesaan ketika hamil seperti loya, pedih hulu hati, muntah dan anemia (komplikasi yang banyak) boleh dikurangkan dengan pengambilan tablet Alfalfa. Alfalfa meningkatkan tahap Vitamin K kepada ibu hamil (mengurangkan pendarahan selepas bersalin, merangkumi kuantiti dan jangka masa). Apabila ibu hamil mengambil Alfalfa Complex ketika hamil, paras Vitamin K akan meningkat kepada bayi (mengurangkan risiko masalah pendarahan kepada bayi dan keperluan Vitamin K dipenuhi). Alfalfa Complex juga membantu di dalam pengeluaran susu badan kerana Alfalfa Complex meningkatkan pengeluaran susu badan. Daun Alfalfa yang diberikan kepada kambing di dalam satu eksprimen memberikan hasil pengeluaran susu 50%

Jangan ragu untuk menggunakan Alfalfa Complex sepanjang kehamilan tetapi mulakan pemakanan Alfalfa Complex tidak lewat daripada 34 minggu jika anda ingin memindahkan Vitamin K kepada bayi anda. Alfalfa juga membantu anda membina sebuah kantung amnion yang bagus dan kuat kerana Vitamin C yang terkandung di dalam Alfalfa dan Alfafa juga adalah tinggi dalam besi dan kalsium, tanpa mengganggu satu sama lain.

Kebanyakan ibu hamil kurang mengambil multivitamin kerana multivitamin menyebabkan mereka loya atau sembelit seterusnya mengakibatkan mereka berhenti mengambil multivitamin. Tablet Alfalfa membantu untuk masalah loya, muntah dan meningkatkan bacaan darah dalam cara yang semulajadi. Alfalfa juga membantu untuk masalah bengkak.

Pengguna Alfalfa memberikan reaksi bahawa tablet Alfalfa telah membantu mereka dalam masalah alergik, arthritis, jerawat, keletihan kronik, ulser, masalah penghadaman, lebam, sakit mulut dan jangkitan faraj.

Ada ibu yang mengambil Alfalfa sejurus selepas bersalin untuk membantu masalah kehilangan darah dan pembuangan air besar. Setelah pengambilan sejurus selepas bersalin, ibu tersebut dinasihatkan agar berhenti seketika mengambil Alfalfa sehingga hari ke-4 atau ke-5. Alasan untuk menghentikan seketika pengambilan Alfalfa adalah kerana pembengkakan susu badan akan menjadi 2 kali ganda sehingga tubuh akan rasa tidak selesa. Jadi untuk keselesaan, hentikan seketika pengambilan sehingga pembengkakan reda. Alasan yang kedua adalah, penyakit kuning untuk bayi baru lahir akan mengambil masa yang agak lama untuk dihilangkan jika pengambilan Alfalfa diteruskan.


Alasan yang ketiga untuk tidak mengambil Alfalfa sejurus selepas bersalin adalah kerana Alfalfa membekalkan 30% kalsium nilai keperluan harian. Penggunaan produk tenusu oleh ibu juga akan meningkatkan kadar penyakit kuning kepada bayi baru lahir yang minum susu badan kerana hormon di dalam produk tenusu yang diberikan kepada bayi akan melambatkan penyingkiran bilirubin (yang terlibat dengan penyakit kuning)




Oleh kerana tablet Alfalfa adalah tinggi dengan kandungan Vitamin K, ianya sangat berbahaya jika diambil bersama-sama dengan Heparin (pencair darah).

Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Shaklee Independent Distributor [ID: 869539]
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
  www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan:

  1. bakal2 ibu perlu dapatkan nasihat dari doktor
    banyak membaca dan banyak bertanya

    BalasPadam
  2. Jadi kalau makan alfalfa dari awal kehamilan, bagaimana pulak umi nazra?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh asalkan dalam kuantiti yang kecil :)

      Padam