Memaparkan catatan dengan label vitamin sintetik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin sintetik. Papar semua catatan

Silica Gel Juga Ada Kebaikannya

Apakah Silica Gel?

Silica gel ni yang selalu ada dalam beg tangan baru, kasut baru dan vitamin sintetik. Bagi yang tak tahu apa itu silica gel atau tak tau benda tu sebenarnye adalah silica gel, ia paket kecik yang mengandungi biji2 halus. Jika dikoyakkan, pasti berterabur biji2 halus.

Fungsi Silica Gel?

Silica gel berperanan untuk menyerap lembapan yang terdapat di udara yang mana sekiranya dibiarkan, kelembapan berterusan ini boleh menyebabkan pertumbuhan kulat yang akan merosakkan sesuatu barang tersebut. Dalam produk elektrik pula, lembapan berterusan dikhuatiri boleh menyebabkan ianya gagal berfungsi dan rosak.

Apa pula yang dimaksudkan dengan vitamin sintetik?
Vitamin sintetik adalah vitamin tiruan yang dibuat melalui proses kimia di dalam makmal. Sila berhati2 kerana kebanyakan vitamin yang dijual di farmasi tu adalah vitamin sintetik dan ianya jauh lebih murah dari vitamin semulajadi.

Kenapa vitamin yang ada silica gel adalah sintetik?
Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin,sebaliknya banyak kepada ‘seakan vitamin’. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. 

Ada yang ‘menutup’ kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.

Seperti yang kita tahu, vitamin yang didatangkan ada dalam bentuk tablet ataupun kapsul sangat sensitif dengan faktor persekitaran. Jika lembapan hadir, secara automatik akan ganggu kandungan khasiat vitamin itu sendiri dan ia akan merosakkan kandungan dalam vitamin itu sendiri.


Perbezaan yang paling ketara secara kasarnya antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik adalah dengan silica gel. Silica gel akan ada dalam botol vitamin sintetik. Manakala vitamin semulajadi tidak memerlukan silica gel disebabkan mengandungi kofaktor (cofactor) semulajadi yang membantu penyerapan dan ketersediaan (bioavailability) yang tidak terdapat dalam vitamin sintetik. 



Mengapa kofaktor (cofactor) tersebut sangat penting dalam vitamin?

Kofaktornya termasuklah protein, karbohidrat, lemak, enzim, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menyerap seoptimum mungkin khasiat nutrisi sepatutnya. Contohnya kita memerlukan kalsium untuk tulang tetapi perlu diambil bersama magnesium dan Vitamin D untuk memastikan tulang kita mendapat kalsium tersebut.


Bagaimana pula dengan Vitamin Shaklee?

Vitamin Shaklee adalah VITAMIN SEMULAJADI yang asli dan selamat. Vitamin Shaklee TIDAK didatangi bersama Silica Gel. Kepada yang telah membeli Vitamin Shaklee, pasti anda tidak jumpa Silica Gel di dalam botol, kecuali Chewable Vitamin C dan Vitalea for Children.

Di samping itu, anda juga tidak perlu khuatir kerana Vitamin Shaklee TIDAK MENGANDUNGI pewarna tambahan, bahan pengawet dan perisa tiruan. 

Jadi, sekarang ini bila anda sudah tahu. Tepuklah dada dan tanyalah selera. Pilihan di tangan anda jadi mengapa anda tidak memilih sesuatu yang lebih baik untuk diri anda sendiri dan keluarga. Bagi saya sendiri, biar alah beli, tapi menang memakai.


Namun, silica gel ni ada jugak manfaatnya. Jadi jangan la dibuang ye 😎


Teruskan Membaca

Vitamin Sintetik, Vitamin Organik, Vitamin Semulajadi

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”

Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul sama sekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?

Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan melalui proses pengekstrakan, penyaringan dan pengeringan sesuatu bahan dari sumber semulajadi (buah-buahan, sayuran dan sebagainya) dan dijadikan dalam bentuk pil.

Berbeza dengan vitamin sintetik yang dicipta di dalam makmal, dari bahan-bahan bukan makanan yang menyamai unsur sesuatu vitamin, vitamin semulajadi mengambil semua elemen vitamin dalam sesuatu bahan dan menyingkirkan serat bagi memudahkan penyerapan. Proses pembuatan vitamin semulajadi lebih rumit dan memakan masa yang lama, terutama bagi jenis vitamin yang tidak menjalani proses pengeringan menggunakan karbon dioksida. Vitamin semulajadi lebih mudah

Vitamin sintetik dibuat daripada bahan-bahan bukan makanan yang tentunya tidak sesuai dengan tubuh kita. Ia mempunyai unsur yang tidak lengkap menyebabkan penyerapan adakalanya tidak dapat berlaku dengan sempurna. Pelbagai kesan sampingan diketahui hasil pengambilan vitamin sintetik seperti kerosakan buah pinggang, tekanan tinggi dalam otak dan sebagainya.

Vitamin sintetik adalah seperti imej vitamin semulajadi dalam cermin. Serupa tapi tak sama. Perlu diingat bahawa vitamin sintetik bukan vitamin tetapi pecahan disintesis (bahagian) dari vitamin kompleks. Analogi di sini adalah seperti kita beli kereta, tapi penjual kereta memberi kita tayar dan mengatakan “Inilah kereta anda”.

Jauh kan bezanya?
Atau nak makan tapi yang diberi adalah kulit telur.

Vitamin sintetik hanya mengandungi satu komponen vitamin sahaja, yang mana vitamin sebenarnya memerlukan bahan lain bagi membantu penyerapan. Di dalam sebiji limau misalnya, selain vitamin C ia mengandungi bahan-bahan lain.

Oleh itu vitamin C yang dihasilkan dari buah limau lebih mudah diserap dan diterima tubuh dari vitamin C semata-mata yang dihasilkan di makmal hasil sintesis bahan-bahan lain yang menghasilkan asid askorbik.

Macamana nak faham perbezaannya?

Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.

Analoginya seperti di bawah:

(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek
(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar

Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik? Sumber vitaminsemulajadi.com

Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi
Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
 umi.nazrah@gmail.com
019-4320059

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Teruskan Membaca