Memaparkan catatan dengan label Vitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin. Papar semua catatan

Vitamin Sintetik, Vitamin Organik, Vitamin Semulajadi

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”

Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul sama sekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?

Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan melalui proses pengekstrakan, penyaringan dan pengeringan sesuatu bahan dari sumber semulajadi (buah-buahan, sayuran dan sebagainya) dan dijadikan dalam bentuk pil.

Berbeza dengan vitamin sintetik yang dicipta di dalam makmal, dari bahan-bahan bukan makanan yang menyamai unsur sesuatu vitamin, vitamin semulajadi mengambil semua elemen vitamin dalam sesuatu bahan dan menyingkirkan serat bagi memudahkan penyerapan. Proses pembuatan vitamin semulajadi lebih rumit dan memakan masa yang lama, terutama bagi jenis vitamin yang tidak menjalani proses pengeringan menggunakan karbon dioksida. Vitamin semulajadi lebih mudah

Vitamin sintetik dibuat daripada bahan-bahan bukan makanan yang tentunya tidak sesuai dengan tubuh kita. Ia mempunyai unsur yang tidak lengkap menyebabkan penyerapan adakalanya tidak dapat berlaku dengan sempurna. Pelbagai kesan sampingan diketahui hasil pengambilan vitamin sintetik seperti kerosakan buah pinggang, tekanan tinggi dalam otak dan sebagainya.

Vitamin sintetik adalah seperti imej vitamin semulajadi dalam cermin. Serupa tapi tak sama. Perlu diingat bahawa vitamin sintetik bukan vitamin tetapi pecahan disintesis (bahagian) dari vitamin kompleks. Analogi di sini adalah seperti kita beli kereta, tapi penjual kereta memberi kita tayar dan mengatakan “Inilah kereta anda”.

Jauh kan bezanya?
Atau nak makan tapi yang diberi adalah kulit telur.

Vitamin sintetik hanya mengandungi satu komponen vitamin sahaja, yang mana vitamin sebenarnya memerlukan bahan lain bagi membantu penyerapan. Di dalam sebiji limau misalnya, selain vitamin C ia mengandungi bahan-bahan lain.

Oleh itu vitamin C yang dihasilkan dari buah limau lebih mudah diserap dan diterima tubuh dari vitamin C semata-mata yang dihasilkan di makmal hasil sintesis bahan-bahan lain yang menghasilkan asid askorbik.

Macamana nak faham perbezaannya?

Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.

Analoginya seperti di bawah:

(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek
(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar

Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik? Sumber vitaminsemulajadi.com

Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi
Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
 umi.nazrah@gmail.com
019-4320059

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Teruskan Membaca

Kenapa Kita Perlu Vitamin?

 Ramai berpendapat bahawa vitamin tambahan tidak diperlukan sekiranya kita mendapat pemakanan yang lengkap, mengikut piramid makanan.

Namun untuk beberapa keadaan, tahukah anda bahawa anda masih memerlukan vitamin tambahan?

Contohnya:

1. Makanan yang diambil bukan dari sumber organik.
2. Tanah pertanian yang tidak dirawat dan dipulihkan mengurangkan nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur).
3. Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya.
4. Pengendalian buah-buahan dari ladang ke gudang, kilang, kedai dan sebagainya mungkin menjejaskan kandungan vitamin buah-buahan tersebut.
5. Pengambilan ubat-ubatan boleh mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan.
6. Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin.
7. Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.
8. Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya.
9. Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan.

Vitamin Yang Mana Patut Diambil???

Persoalan yang sering bermain di fikiran apabila menyentuh tentang vitamin dan mineral tambahan ialah : JENAMA YANG TERBAIK.

Kita mendapati banyak jenis vitamin dan mineral dari pelbagai jenama yang dijual di farmasi dan kedai ubat. Apakah kesemuanya sama? Apakah asas untuk memilih vitamin dan mineral terbaik?

1. Vitamin tersebut mestilah dari sumber semulajadi Vitamin generasi pertama dibuat secara sintetik, iaitu menjalankan proses kimia terhadap bahan-bahan tertentu termasuk tar, arang batu dan sebagainya, hingga menghasilkan bahan yang hampir sama dengan bahan aktif dalam vitamin. Misalnya, asid askorbik dalam Vitamin C. Sayangnya, asid askorbik yang diperoleh dari tindakbalas bahan sintetik samasekali tidak dapat menyamai asid askorbik ng didapati dari ekstrak buah-buahan.

2. Vitamin tersebut hendaklah lengkap Periksa label dan pastikan mutilvitamin mengandungi kesemua vitamin mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan (Jika keluaran USA biasanya mengikuti saranan USDRA). Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin B Complex, hendaklah mengandungi kesemua 7 jenis vitamin B.

3. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi vitamin dan mineral pasaran Malaysia, pastikan ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah sebagai jaminan bahwa vitamin atau mineral tersebut selamat untuk diambil.

4. Tarikh luput Periksa tarikh luput dan pastikan pada botol vitamin tersebut tercatat tarikh luputnya.



Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi
Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
umi.nazrah@gmail.com
019-4320059

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Teruskan Membaca

Apakah Vitamin?

Jangan terkejut, ada yang tak tau apakah itu vitamin! Meh kita baca mengenai vitamin, diambil daripada e-book vitamin semulajadi oleh vitaminsemulajadi.com

Vitamin adalah bahan organik yang yang diperlukan oleh organisma hidup dalam kuantiti tertentu untuk membantu aktiviti tubuh badan, misalnya vitamin C adalah untuk kesegahan sel.

Ia bermula apabila saintis dan penyelidik makanan membuat kajian ke atas makanan yang diketahui boleh mengubati penyakit-penyakit tertentu. Terdapat elemen di dalam makanan tersebut yang menjadikan ia berkesan ke atas sesuatu penyakit.

Perkataan vitamin bermula pada awal kurun ke-20, apabila seorang ahli biokimia, Casimir Funk memisahkan zat kristal daripada hasil pemprosesan beras dan mendapati zat itulah yang penting untuk kehidupan. Ia dipanggil 'amine' atau bahan organik, dan akhirnya dinamakan 'vitamine'. Akhirnya ejaan moden telah memberikannya nama 'vitamin' yang kita kenal hari ini.

Kebanyakan vitamin dibuat oleh tumbuhan, sedikit dibuat oleh bakteria dan jarang-jarang dibuat oleh haiwan. Oleh itu, tidak hairanlah kita digalakkan banyak makan sayur dan buah. (Vitamin yang dihasilkan oleh bakteria dan haiwan adalah dari tindakbalas ke atas hasil tumbuhan yang diambil oleh haiwan tersebut).

Jenis-Jenis Vitamin 

Vitamin terbahagi kepada dua kategori:

1. Vitamin larut lemak Vitamin larut lemak terdiri dari vitamin-vitamin A,D,E dan K. Ia adalah vitamin berminyak. Vitamin jenis ini disimpan di dalam lemak badan dan tersimpan lama di dalam badan.
Vitamin jenis ini tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan toksin.

2. Vitamin larut air Terdiri dari vitamin-vitamin B dan vitamin C. Vitamin jenis ini tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu pengambilan vitamin jenis ini perlu dalam setiap hidangan.
Vitamin larut air yang diambil berlebihan akan dikeluarkan bersama-sama bahan kumuh yang lain.

Beza Vitamin Dengan Ubat

1. Ubat terdiri dari komponen yang dihasilkan dari bahan-bahan berunsur dadah (drug) bagi menangan beberapa gejala yang disebabkan oleh jangkitan di dalam tubuh.

2. Vitamin adalah elemen yang membina sel, tisu dan sistem dalam tubuh badan kita. Vitamin diperlukan untuk melancarkan proses dalaman tubuh, meneguhkan sel, imuniti dan sebagainya.

3. Ubat diambil semasa dilanda sakit, dan ubat tertentu hanya untuk penyakit tertentu.

4. Vitamin diperlukan setiap hari, terutama untuk vitamin larut air yang tidak dapat bertahan lama dalam badan. Diambil samada dalam bentuk makanan sebenar atau pil/cecair vitamin.

5. Pengambilan ubat yang berterusan, tersilap, dan berlebihan boleh memberi kesan buruk keoada kesihatan.

6. Pengambilan vitamin yang berterusan memberi ketahanan badan terhadap penyakit (kecuali jika diambil berlebihan atau pengambilan vitamin sintetik).

Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi
Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
umi.nazrah@gmail.com
019-4320059

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Teruskan Membaca

KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN @ MAKANAN TAMBAHAN

1.         Penghadaman makanan yang tidak sempurna: Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu be
rhati-hati dalam situasi begini.

2.         Pemakanan dan peminuman: Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

3.         Pengambilan alkohol: Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

4.         Merokok:Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.

5.         Pengambilan julap: Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.

6.         Proses pemasakan: Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

7.         Sakit: Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.

8.         Tekanan: Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).
Teruskan Membaca

Umi Nazrah Pengedar Shaklee daerah Baling dan Sik Kedah

Umi Nazrah Pengedar Shaklee daerah Baling dan Sik Kedah
Umi Nazrah Pengedar Shaklee daerah Baling dan Sik Kedah

Umi Nazrah Pengedar Shaklee daerah Baling dan Sik Kedah | Saya ialah pengamal makan Shaklee sejak tahun 2012 selepas mengambil set lengkap untuk bersalin dan berpantang apabila mendapat anak kembar pada tahun 2011.

KENAPA SHAKLEE?
Syarikat pelopor NUTRISI SUPPLEMENT yang sudah lebih 50 tahun bertapak di dunia ini.

Ianya sentiasa SELAMAT :
>>> Shaklee telah menjalankan lebih 80 000 test ke atas produknya

Ianya sentiasa BERKESAN :
>>> Shaklee telah membelanjakan lebih dari $ 250 Million dalam R&D

Ianya sentiasa HIJAU:
>>> Mesra Alam, sudah pasti... Shaklee antara peneraju Dunia Hijau...

Itulah yang membuatkan saya YAKIN, SHAKLEE - Simply The BEST!

INGAT YA:

"Supplement bukan PENGGANTI MAKANAN tetapi mengisi LOMPONG2 NUTRISI yang berlaku dalam DIET HARIAN ANDA!"

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Takda bezanya vitamin dan ubat!

Simon Say No
Kadang-kadang susah untuk terangkan pada orang ramai dan sekeliling yang sebenarnya ada perbezaan antara vitamin dan ubat.

Vitamin (daripada Wikipedia):
Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Ubat (daripada Wikipedia):
Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.
Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Manakala ubat-ubatan pula adalah bahan luar yang asing kepada tubuh badan manusia. Sudah tentu ia mempunyai RISIKO kesan sampingan keatas mereka yang mengambilnya.
Ubat-ubatan bertindak secara langsung keatas tubuh badan, oleh itu pengambilan ubat-ubatan HANYA atas nasihat doktor atau ahli farmasi yang bertauliah sahaja.
Pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan berterusan akan menyebabkan RISIKO SECARA LANGSUNG kepada tubuh badan manusia, seperti lemah daya tahan, ketagihan dan kematian. (sumber : Bukan Ubat)

Bukankah terdapat perbezaanya?

Teruskan Membaca