Memaparkan catatan dengan label set keputihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set keputihan. Papar semua catatan

Masalah Keputihan Teruk dan Berbau Selama Bertahun-tahun Akhirnya Hilang !


KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.
Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIX) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri.





Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp saya terus di : http://shakleepengedarsah.wasap.my/
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Jerawat Batu Bernanah Akhirnya Hilang



Saya mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID (pengedar shaklee) pada 3 September 2013 . Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee .. Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !

Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.

Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!

Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.

Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen ESP, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex, Omega Guard, Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk)

Sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.

Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.

Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).


 set kulit cantik shaklee

 Enfuselle muka berminyak

 Nutriwhite shaklee

Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO

 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,

Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca