Memaparkan catatan dengan label set ibu menyusu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set ibu menyusu. Papar semua catatan

Rupanya ini sebab wanita hamil & selepas bersalin cepat lupa


Para ibu mesti pernah berhadapan dengan situasi ni, pergi ke dapur nak ambil gelas tapi bila sampai ke dapur terfikir-fikir apa benda yang nak diambil di dapur ni?

Lupa kunci rumah letak mana, handset ke mana. Situasi ni adalah normal kerana ketika hamil saiz otak wanita akan mengecut. Jadi para ibu kena tahu, bukan anggota tubuh seperti perut dan saiz badan sahaja yang berubah semasa hamil dan selepas melahirkan anak. [Kajian 1] [Kajian 2]

Kenapa wanita hamil mudah terlupa ? Menurut kajian, terdapat beberapa sebab

1. Perubahan hormon wanita hamil itu sendiri.
2. Rutin harian yang berubah, contohnya sukar untuk tidur, badan sering letih dan loya.
3. Seluruh tumpuan ingatan selalu lebih fokus kepada kehamilan dan bersalin, so benda lain selalu dianggap remeh.
4. Supaya otak dan minda ibu-ibu boleh berehat dan tak perlu fikir yang berat-berat

Para ibu hamil dan melahirkan anak pasti nak yang terbaik untuk bayi dalam kandungan serta anak yang disusukan. Oleh itu makanan kesihatan untuk kedua-dua golongan ini seharusnya merangkumi kesihatan ibu dan juga bayi/anak. Cadangan kami

Vitalea - multivitamin dan zat besi yang penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Membantu stabilkan bacaan HB. Memberikan tenaga kepada para ibu. Lengkap dengan zat mineral keperluan tubuh badan

B-Complex - lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk rumusan penting asid folik. asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatang saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. B-Complex juga membantu menukar makanan kepada tenaga untuk tenaga tambahan kepada para ibu.

ESP - protein membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan penghasilan susu badan pada ibu. membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi/anak.

Vitamin C - membantu meningkatkan sistem imun tubuh ibu. selain itu membantu memperbaiki lupa bersalin dengan cepat.

Ostematrix - kalsium dan magnesium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi/anak. Magnesium juga bertindak dengan menenangkan otot para ibu agar mudah tidur dengan lena. juga membantu melembutkan najis agar para ibu tidak mudah sembelit.

Omega Guard - minyak ikan tulen yang membantu pembentukan otak bayi/anak dari peringkat awal pembentukan. mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi/anak. para ibu juga dapat menurunkan berat badan kerana asid lemak omega-3 membantu membakar lemak dalam badan.

Paling best, bulan ni ada promosi untuk Ostematrix. 
Dengan belian 3 botol, anda boleh dapat diskaun 5%
Dapat memenuhi keperluan anda untuk penggunaan semasa hamil dan menyusukan bayi.

Anda semestinya bijak dalam merebut peluang yang memberikan manfaat untuk ibu, bayi dalam kandungan serta anak yang disusui.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Bahaya Kurang Kalsium bagi Ibu HAMIL dan Ibu yang MENYUSUKAN anak!!


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/ kredit gambar : http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0128/Kosmo/Pesona/ps_01.1.jpg

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.

Ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari.

Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari?

Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.

2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.





Para ibu hamil dan ibu menyusukan juga boleh dapatkan set Hamil dan set Bersalin dan Menyusu yang disediakan khas oleh pihak Shaklee 😍

 Set Hamil Shaklee

 Postnatal Shaklee



Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).

Ostematrix kalsium shaklee
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,

Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca