Memaparkan catatan dengan label Sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sendiri. Papar semua catatan

Bila Botol Susu Mula Berisi

Sebelum (kedua-dua belah cik B)
Itulah hasil apabila setiap kali saya pam susu. Memang rasa kecewa dan hampir-hampir berputus asa dengan hasil perahan pam susu yang sangat sedikit.

Boleh dikatakan pam susu hari ni untuk kegunaan esok. Pam hari ni untuk babies minum esok, pam esok untuk babies minum lusa.

 Dah la Si Kembar Aisya, Aisya Irdina dan Aisya Ardini minum susu sangat kuat sejak saya dari dalam pantang lagi. Lepas ja Breast Feeding (BF) si kembar tu, mesti kena top up dengan Formula Milk (FM).

Kadang-kadang kena bagi si kembar FM sebab lepas BF, dorang akan nangis, takda banyak susu yang keluar. Kalau si kembar nangis serentak, salah sorang mesti akan disumbat ngan FM dulu. Lepas tu akan BF hanya untuk hilangkan ketagih si kembar pada puting susu badan ibu.

Memang sedih sangat, rasa terpaksa tapi apakan daya, rasa macam dah takda jalan. Paling sedih masa mengandung, disebabkan masalah peribadi & minda terganggu, saya tak pernah cuba nak belajar mengenai ilmu-ilmu mengenai DF, vitamin, cara-cara pam susu dan sebagainya.

Bila cuti bersalin 2bulan habis dan saya kena mula bekerja, saya cuma pam susu hanya untuk hilangkan bengkak susu yang saya alami. Masa mula-mula masuk dalam group Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan (KIM), banyak dapat informasi dan pada masa tu juga ada orang sarankan mengenai ibu-ibu menyusu kena ambil vitamin tambahan agar takda masalah dalam produce susu badan.

Godek punya godek, terjumpalah dengan akak Siti Nor Khaironisha yang jual vitamin tambahan Shaklee. Alhamdulillah, paling ketara lepas ja ambil vitamin-vitamin yang dibekalkan, susu berubah warna. Daripada putih ke warna kekuningan dan ianya pekat. Sebelum ni putih cair aja.

Selepas (kedua-dua belah cik B)
Sebenarnya cemburu jugak tengok stok EBM orang lain dah hampir penuh peti malah ada dah penuh Deep Freezer tapi saya kuatkan semangat untuk cuba buat jugak stok EBM setelah penggunaan vitamin tambahan ni dan alhamdulillah, stok berjaya dikumpul walaupun masih sedikit.

Harini berjaya pam susu untuk pertama kalinya satu sesi dah boleh dapat 6oz untuk kedua-dua belah cik B. Alhamdulillah. Orang lain kalau kedua-dua belah cik B, sekali sesi ja buleh dapat 10 oz, hehe. Tak apa, saya bulatkan semangat, tekadkan azam untuk berusaha lagi. InsyaAllah. Hasil sekarang, sekali pam, sebelah cik B buleh dapat 3oz - 4oz. Alhamdulillah. Sikit-sikit, lama-lama jadi penuh stok EBM

Sekarang (kanan : cik B kanan & kiri : cik B kiri)
Teruskan Membaca

Kisah yang baru kini bermula....

Assalamualaikum.

Seperti tajuk yang tertera, kisah yang baru kini bermula. Mungkin ada yang sedia maklum, dulu aku aktif di blog Dunia Kepunyaan Nazra tapi sekarang blog tu dah ditinggalkan sepi tak terurus sejak 16 Ogos 2010 lagi. Memang lama gila kan. Sangat lama. Huhuhu.

Tapi untuk kesekian kalinya, entah mai daripada mana, semalam tetiba rasa nak kembali berblogging. Haish. Padahal dah ramai beribu-riban orang ada blog, aku ni pulak baru nak merangkak-rangkak semula berblogging.

Kena cari 'tunjuk ajar ku sifu' semula la selepas peristiwa yang lama, sifu dah takda, uhuk nampak gayanya. Hehehehe. Selamat tinggal jua untuk Dunia Kepunyaan Nazra yang berentri sebanyak 1k itu. Haish. Patah tumbuh hilang berganti, selamat berblog kembali untuk diri sendiri!!!

Kini saya aktif dalam mempromosikan supplemen atau vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kita. Sesibuk manapun kita dalam bekerja, kesihatan dan kecantikan haruslah dititikberatkan. Jaga diri kita sebelum kita jaga tepi kain orang. Erk?

Dapatkan produk Shaklee


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Teruskan Membaca