Teknik Hilangkan Kulit Kusam Anda!


Teknik Hilangkan Kulit Kusam | Penyebab kulit kusam adalah kerana tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN KULIT KUSAM
Gunakan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus.

Namun harus diingat, penggunaan hydroquinon ada kesan sampingan nya seperti :

1) Kesan terbakar dan merah.
Kulit akan menjadi terbakar dan kemerah-merahan ditempat yang disapu.Adakalanya kulit tersebut menjadi gelap dari warna asal sebelum lama – kelamaan ia akan berkurangan.

2) Penyakit kulit
Kesan allergi kepada hydroquinone juga boleh dilihat kepada si pemakai yang dikenali sebagai allergic contact dermatitis.Ia merupakan alahan kulit apaila terkena ubat ini.
Ochronosis pula adalah satu penyakit kulit yang jarang –jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone.Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam ditempat kulit terdedah kepada bahan itu.Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

3) Risiko kanser kulit
Walaupun tiada data lengkap kepada manusia,eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan diantara hydroquinone dengan kanser kulit.Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.Ini juga merupakan salah satu risiko kepada si pemakai. Namun,masih lagi terdapat produk kecantikan yang menitikberatkan kesihatan dan sekaligus memberikan kecantikan alami untuk anda.

CARA MODEN UNTUK HILANGKAN KULIT KUSAM
Rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan rawatan laser seperti laser ablative (CO2), non ablative dan teknologi fractional. Laser merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik. Laser juga memiliki kepekaan terhadap sel warna atau pigmen kulit sehingga mampu memecahkan sel pigmen tersebut dan menjadikan kulit tampak lebih cerah.
Peringatan:
Untuk hasil yang lebih baik rawatan laser harus diikuti dengan rawatan di rumah yang bersesuaian dengan keadaan kulit.

Mana yang anda prefer nak buat untuk hilangkan kulit kusam - cara mudah atau moden?

Apa kata anda cuba cara selamat, berkesan dan semulajadi iaitu dengan penggunaan suplemen. Selain diperlukan oleh tubuh badan, ianya juga memberikan anda kesan yang tidak akan memudaratkan anda.


Vitamin B membantu dalam kecantikan dan kesihatan kulit, rambut dan kuku dan bersama melawan tindak balas dan kerosakan akibat radikal bebas. Kekurangan vitamin B boleh mengakibatkan kulit kering, kedut, kusam, jerawat, ruam, rambut gugur dan kuku rosak.

Vitamin C dan Vitamin E bersama selenium Melindungi kulit dari panahan matahari dan mengelakkan kanser kulit. Kedua-dua anti oksida yang powerful ni mempercepatkan baik pulih semulajadi kulit untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk yang mengakibatkan pigmentasi dan jeragat juga.


Nak dapatkan produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan: