Lambat lagi la nak kaya....

shaklee_logo 
 Semangat berkobar-kobar masa packing set trial pack untuk isteri adik ipar (dialah 1st customer saya, berbunga-bunga, diawangan-awangan je rasa tapi tak kurangya gelabah jugak sebab 1st customer kan) terbantut seketika dek penangan ayat yang suami kasi tu. Ye ayat tu suami yang kasi kat saya. Memang down sebentar dengar ayat tu tapi bila fikir balik, saya takda la nak mencari keuntungan sangat (okay agak tipu kalau tak rasa nak mencari keuntungan, impian tu tetap ada). Walaubagaimanapun saya dah makan supplement ni, saya dah cuba, jadi tak salah kalau nak berkongsi dengan orang lain pulak sebab ianya berguna untuk saya. Sharing is caring, tu slogannya kan.

Bagi yang tak tahu sangat apa yang saya membebelkan ni, huhu saya adalah Shaklee Independent Distributor. Kenapa saya pilih supplement Shaklee? Kerana produk ni dah 50 tahun berada di pasaran, ianya halal. Saya tak payah nak keluar pergi ketuk pintu rumah orang or guna method alam maya (ayat MamaFaiz), saya gunakan produk untuk diri saya, andai ada yang berminat nak tau, leh PM di FB. Kalau pun takda insan-insan bertuah yang berminat nak tau mengenai supplement Shaklee atau yang teringin nak beli dan cuba makan, saya tetap teruskan dengan pengambilan supplement, untuk diri saya. Sebabnya, saya mahu sihat....

0 comments:

Catat Ulasan