Nutrisi Untuk Atlet Sukan Terbukti Berkesan Pemenang Olimpik


Nutrisi yang seimbang sangat diperlukan oleh seorang atlet sukan. Selain untuk manfaat keperluan kesihatan luaran dan dalaman tubuh, ia juga sangat penting untuk membekalkan tenaga SEBELUM – SEMASA – SELEPAS sesi rutin senaman atau latihan kecergasan harian.

Ia juga sangat membantu ketika di dalam pertandingan; untuk kekal cergas serta memberi kelasakan serta ketahanan tubuh yang tinggi. Dari aspek lain pula, nutrisi juga diperlukan untuk memperbaiki dan menggantikan sel tubuh yang lemah atau rosak.

Diet nutrisi untuk atlet sukan adalah berbeza dengan individu biasa yang bukan atlet. Pengambilan nutrisi untuk atlet perlu dikira berdasarkan keperluan tenaga yang akan digunakan dengan jumlah kalori sumber nutrisi yang bakal diambil. Ia akan mempengaruhi ketahanan tubuh untuk kekal cergas dan memperolehi prestasi yang paling maksimum.

Nutrisi Untuk Atlet Sukan
Seperti minyak petrol sebagai bahan api yang diperlukan untuk sebuah kereta bergerak perlahan atau laju, begitu juga tubuh kita memerlukan bekalan optimum sumber tenaga, air dan oksigen.

Untuk aktiviti aktif yang berkesan, organ tubuh yang sangat bergantung kepada sumber-sumber ini termasuklah; otot, paru-paru, jantung, otak, sendi dan tulang. Kekurangan salah satu dari sumber ini akan menganggu prestasi individu yang ingin bergiat aktif termasuk atlet sukan.

Dari segi nutrisi pemakanan utama yang ingin disentuh di sini adalah berkaitan dengan dua sumber iaitu MAKRONUTRIEN dan MIKRONUTRIEN.

#1 – Makronutrien
i. Karbohidrat
Ia merupakan sumber utama tenaga. Tenaga yang diperolehi daripada metabolisme glukosa atau glikogen ini akan digunakan oleh otot yang aktif selain untuk aktiviti biologi tubuh. Ia merupakan bahan metabolisme utama untuk lemak.

Jika pengambilan karbohidrat tidak cukup, tubuh tidak dapat menyediakan tenaga dengan hanya penggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Ia juga merupakan sumber tenaga untuk otak. Pada ketika kadar glukosa darah rendah, akan timbul keluhan lapar, lemas dan pening kepala. Keadaan ini akan menyebabkan gangguan kepada prestasi dan penampilan atlet.

ii. Lemak
Lemak merupakan sumber tenaga utama kepada atlet yang melakukan aktiviti fizikal dalam tempoh masa yang lama seperti lari jarak jauh dan marathon. Pastikan anda mengambil lemak HDL(lemak baik) berbanding LDL (lemak jahat). Kolesterol baik diperlukan untuk membina membran sel, penghasilan vitamin D, hormon adrenal, estrogen dan hormon-hormon lain.

iii. Protein
Protein penting untuk memberi tenaga, memelihara otot dan menghasilan sel baru yang sihat. Kita memerlukan 20 jenis amino asid untuk tubuh berfungsi dengan sempurna. Daripada jumlah itu, 9 amino asid tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Kita perlu dapatkannya dari sumber pemakanan.

#2 – Mikronutrien
i. Kalsium
Untuk kontraksi otot, transmisi impuls, mengaktifkan enzim, pembekuan darah, pergerakan cecair menerusi membran plasma.Apabila kadar kalsium di dalam darah rendah akibat pengambilan yang kurang, tubuh akan mengambil kalsium dari tulang terutama apabila kekurangan kalsium dalam tempoh jangkamasa panjang.

Pelari jarak jauh seperti pelari 10 km dan marathon sering mengalami osteoporosis akibat latihan berat yang lama. Ia biasanya berlaku apabila pemakanan atlet tidak seimbang. Ini akan menyebabkan kadar peratusan lemak tubuh menjadi sangat rendah dan stress yang keterlaluan akibat latihan seterusnya meningkatkan penghasilan hormon estrogen.

ii. Natrium, Kalium dan Klorin
Natrium dan klorin adalah mineral utama dalam plasma darah manakala kalium adalah mineral utama dalam sel. Ia penting untuk transmisi saraf impuls dan sebagai pemicu kontrasi otot.

iii. Zat besi
Zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin (sel darah merah). kekurangan hemoglobin akan menyebabkan selera makan menurun, kemampuan fizikal juga menurun walau untuk aktiviti ringan sekalipun. Apabila ia terjadi, suplemen sangat diperlukan bagi mengatasi masalah diatas.
Kekurangan zat besi biasanya terjadi kepada atlet kerana latihan yang berat, kehilangan melalui perpeluhan dan kemusnahan sel darah merah akibat melakukan aktiviti olahraga yang berat.iv.

iv. Antioksidan
Atlet perlukan makanan yang tinggi antioksidan untuk menghalang serangan radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh daripada merosakkan sel dalaman tubuh.

v. Air
Fungsi air pada tubuh adalah sangat jelas dan penting. Jika seseorang atlet kekurangan bendalir dalam tubuh, ia akan menjejaskan prestasi atlet tersebut. Oleh kerana atlet biasanya melalukan aktiviti fizikal yang lasak dan ada sesetengahnya berada di bawah panas matahari, mereka memerlukan kuantiti air yang lebih banyak berbanding individu biasa.

Tips Pemakanan Sihat Untuk Atlet
✔Pastikan anda mendapatkan makanan yang bervariasi, sesuai mengikut keperluan anda sebagai seorang atlet
✔Pastikan anda mendapat serat yang mencukupi agar ia dapat membantu melancarkan sistem pencernaan
✔Minum air mencukupi mengikut keperluan tubuh & menggantikan cecair tubuh yang hilang
✔Pastikan tiada gangguan keletihan melampau kerana nutrisi yang kurang, kadar glukosa yang terlalu rendah, dehidrasi dan gangguan keseimbangan akibat kandungan natrium yan rendah dalam darah
✔Pastikan glikogen tubuh penuh di hati dan otot dengan mengambil karbohidrat yang mencukupi
✔Ambil suplemen yang diperlukan untuk pemulihan dan penggantian sel-sel yang rosak

Nutrisi Untuk Atlet Sukan Dengan Nutrisi Shaklee

1. Cinch Shake Mix: Minuman enak yang mudah dan cepat untuk membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal. Dibancuh secara terus. Setiap hidangan memberi kebaikan nutrisi lengkap untuk membantu anda bertenaga sepanjang hari. Non- GMO protein dan fiber yang membantu anda berasa sentiasa kenyang dan selesa sepanjang hari manakala kehadiran leucine membantu untuk mengekalkan kepejalan otot. Maka metabolisme tubuh anda akan menjadi lebih hebat.

2. ESP Soy Protein : Merupakan NON-GMO protein yang membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuh-tumbuhan. Mengandungi kesemua 9 amino asid penting yang diperlukan untuk proses sintesis tubuh. Ia mengandungi kandungan lemak yang rendah, tanpa laktosa dan tanpa kolesterol. Membantu menahan rasa lapar.

3. Performance Drink : Minuman untuk mengekalkan tahap bendalir dalam badan sebelum, semasa dan selepas latihan. Mencegah dehidrasi.

Antara kelebihan Performance Drink :

✔Mengatasi kelesuan
✔Menggalakkan pencapaian yang lebih memberangsangkan
✔Terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air
✔Mempunyai lebih banyak elektrolit dan dapat menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain
✔Keunikan Shaklee mempunyai campuran eletrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong hidrasi optimum
✔Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

✔Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
✔Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
✔Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

4. Vitalea Iron formula : nutrisi paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Ia membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang atlet perlukan. Ia membantu mengekalkan kesihatan dengan sempurna. Menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjana semula tisu tubuh baru yang lebih sihat. Ia menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat dan merangsang pembentukan sel darah merah.
(nota : Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.)

5. Ostematrix : Ia adalah gabungan kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral lain. Antara kepentingan ostematrix untuk atlet adalah ia membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat, membantu dalam pengecutan otot seterusnya mengelakkan kekjangan otot dan penting untuk saraf, membantu menetapkan ritma jantung, mengelakkan kekejangan pembuluh darah penyebab migrain, mengekalkan tahap tenaga, mengawal paras kalium dan untuk fungsi kelenjar adrenal. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa supplement magnesium meningkatkan prestasi dan ketahanan pelari jarak jauh, pemain ski merentas desa, penunggang basikal dan perenang.

Nutrisi untuk atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan. Dapatkan nutrisi terbaik untuk tubuh anda sebelum, semasa dan selepas latihan. Serlahkan yang terbaik untuk prestasi masa depan anda.

 Nutrisi Sukan Atlet Shaklee

0 comments:

Catat Ulasan