Memaparkan catatan dengan label luka bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luka bersalin. Papar semua catatan

Berpantang Hamil Luar Rahim dan Luka Pembedahan Cepat Sembuh


9.11.2017 Harini period dah lewat seminggu. Macam dah mula syak yang ada benih mula nak membesar dalam rahim ni. Saje gunakan UPT (Urine Pregnancy Test) yang memang saya simpan kat rumah. Bila check tu, berdebar-debar rasanya. Alhamdulillah..2 line. Positif. Memang seronok dan teruja sangat masa tu. Sebab saya memang dah ready untuk baby yang kedua.

Mulalah start google apa sahaja info berkaitan kehamilan. Suplemen pun tak pernah miss makan. Maklumlah, konon-kononnya nak dapatkan Baby Shaklee. Sebab anak pertama (Hanis Humaira) tak pernah kenal semua ni. Hehe..

14.11.2017 Pagi ni sambil baring-baring atas katil, telefon mak kat kampung. Rileks-rileks sambil tunggu Maira bangun tido. Tengah syok sembang, perut rasa sakit sangat. Sakitnya tu sampai ke alur punggung. Terus stopkan perbualan dengan mak dan call husband yang masa tu ada kat ruang tamu. Sakitnya tu sampaikan tak boleh nak bangun langsung.

Badan dah mula berpeluh-peluh. Rasa nak pitam pun ada. Tangan dah mula rasa kebas je. Husband suruh tukar pakaian sebab nak bawak ke hospital. Tapi, memang masa tu dah tak larat sangat. Sakit..sakit yang teramat sangat. Husband yang bantu tukarkan pakaian dan siapkan keperluan ke hospital.

Sampai hospital, terus bagitau Hospital Attendant (HA) saya sakit perut. Sementara tunggu rawatan susulan di bahagian kecemasan, doctor bagi ubat tahan sakit. Lepas tu, memang dah tak sedar apa yang berlaku. Bila doctor buat pemeriksaan, barulah tau punca sebenar. Rupa-rupanya saya mengandung luar Rahim (Ectopic Pregnancy). Doktor bagitau, kandungan dan saluran fallopian sebelah kiri dah pecah. So, terpaksa buat pembedahan segera untuk selamatkan nyawa saya. Masa tu, keadaan saya memang kritikal..50-50.

Pendarahan banyak dalam perut. Doktor topup dengan 5 pain darah.

Pembedahan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sedar-sedar je dah atas katil wad. Terus menangis bila teringatkan kandungan yang dah takde. Dengan terpaksa menahan sakit kesan pembedahan lagi. Nak telan air pun rasa seksa sangat. Lagi sebak bila mak abah, adik beradik, ipar duai datang melawat.

Masa tu, suami memang banyak berkorban. Mana nak uruskan saya, nak uruskan anak lagi. Terima kasih banyak-banyak bang.

16.11.2017 Alhamdulillah, harini saya dah boleh discharge. Mak pun telefon suruh saya balik berpantang kat kampung. Seronoknya saya masa tu sebab dapat jumpa Maira. Rindu nak peluk cium dia. Hehe

Sampai rumah, benda pertama yang saya cari ialah suplemen Shaklee. Sempatlah telan Vitalea, Vitamin C dan Garlic Complex masa tu. Nasib baik memang ada stok kat rumah. Balik kampung, saya bawak semua suplemen yang perlu. Setiap pagi, memang wajib saya ambil ESP dan Vitamin C.

Tengahari lepas makan saya ambil Vitalea dan Garlic Complex. Malam sebelum tido, saya ambil Ostematrix. Saya disiplinkan diri untuk ambil semua suplemen ni sebab nak cepat sihat. Lagipun saya kena jaga betul-betul luka pembedahan saya sebab takut terkena jangkitan kuman.

Alhamdulillah, dengan penjagaan yang sangat baik dari mak abah dan bantuan suplemen Shaklee, hari ke 11 saya dah boleh solat macam biasa. Sebelum tu saya solat duduk kat kerusi je. Dah boleh tolong mak sapu rumah lagi. Luka jahitan pun cepat baik. Sembelit pun takde. Ni yang saya paling takut, sebab doctor pesan, kalau susah nak buang air besar jangan teran. Nanti jahitan terbukak. Sambil tu saya banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.

8.2.2018 Harini saya ada temujanji dengan doctor pakar. Doktor bagitau, jahitan pembedahan saya cantik. Saluran fallopian sebelah kanan saya sihat. So, saya ada peluang untuk mengandung lagi. Cuma lepas ni, saya perlu lebih alert. Bila dapat tau je mengandung, cepat-cepat pegi klinik. Sebab saya dah ada sejarah mengandung luar rahim.

Sekarang ni, saya tak miss makan GLA Complex dan B-Complex sebab memang nak mengandung lagi. Sukur sangat-sangat sebab saya kenal Shaklee dan salah seorang pengedar sah Shaklee. Asbab ambil suplemen Shaklee dan jaga pemakanan semasa berpantang, saya cepat sihat dan rasa lebih bertenaga. Terima kasih Shaklee.

Berpantang Hamil Luar Rahim dan Luka Pembedahan Cepat Sembuh
Berpantang Hamil Luar Rahim dan Luka Pembedahan Cepat Sembuh

Ingin dapatkan produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Tesimoni Bersalin Bedah Caesar Dengan Set Berpantang Shaklee


Saya mula jatuh cinta dengan suplemen Shaklee melalui Set Berpantang. Masa tu saya berpantang anak yang ke 4. Melahirkan anak melalui pembedahan memberi cabaran besar buat saya. Iyelah kan...saya kena fikir macam mana nak uruskan anak-anak dan diri sendiri...Maklumlah berpantang sendiri katakan...

Tapi selepas mengambil suplemen Shaklee. Saya rasa badan semakin pulih dengan cepat. Sepanjang hari bertenaga dan kurang stress. Paling saya suka luka cepat sembuh.Alhamdullilah...susu pun meriah. Murah rezeki Abang Chik Hadif.

Suplemen Shaklee yang membantu saya semasa berpantang ialah ESP, Vitamin C,Vitalea, Ostematrix, Alfalfa Complex, Zinc Complex dan B Complex.

Tidak lama selepas itu,saya mengandung lagi. Apa lagi saya terus ambil Set Kehamilan Shaklee . Sepanjang tempoh kehamilan saya tidak menghadapi sebarang masalah.

Kalau dulu setiap kali mengandung cek HB lah yang paling saya tak suka.Iyelah ... selalu dapat result yang tak cantik. Tapi selepas mengamalkan Set Kehamilan Shaklee.

Result HB saya cantik aje.Nurse pun senyum aje. Iyelah...diaorang pun mesti suka tengok result kita cantikkan... saya lagilah senyum sampai ke telinga...

Kemudian saya teruskan dengan Set Berpantang dan Menyusu Shaklee... Sekali lagi saya melahirkan anak melalui pembedahan. Tapi kali ni tak menjadi masalah pada saya...

Alhamdullilah...walaupun sekarang Adik Harraz dah berumur 2 tahun 2 bulan.Dia masih BF baby Mama tau.

Antara kebaikkan berpantang yang saya dapat dengan suplemen Shaklee adalah :

🍀 Luka bersalin cepat sembuh
🍀 Bertenaga sepanjang hari
🍀 Menguatkan imun tubuh ibu dan anak
🍀 Mengawal emosi ibu dari stress
🍀 Mengelakkan rambut gugur
🍀 Susu badan meriah

Pengalaman berpantang dengan suplemen Shaklee adalah satu pengalaman yang luarbiasa bagi saya.Maklumlah sebelum ni saya ada cuba pelbagai produk berpantang.Tapi berpantang dengan suplemen Shaklee memang terbaik.

Bagi kawan-kawan yang masih tercari-cari suplemen untuk berpantang.Saya syorkan anda mencuba set berpantang Shaklee...Di jamin selamat,semulajadi dan berkesan.


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

5 Tahun Makan Shaklee : Ujian Makmal Buktikan Tiada Masalah Buah Pinggang Rosak


Saya merupakan pengamal Suplemen Shaklee sejak 2013. Pada tahun ini, adalah tahun ke 5 saya mengamalkan Vitamin Shaklee. Secara jujurnya, sebelum mengenali syarikat Hijau Shaklee, saya adalah seorang yang tidak menitikberatkan soal pemakanan sihat dan kerap tidak sihat serta ambil cuti sakit setiap bulan.

Saya merupakan penghidap tonsil, penghidap resdung dan mempunyai system pertahanan tubuh yang lemah serta mudah diserang penyakit. Pada awal penglibatan dengan Shaklee, saya hanya focus kepada menjual dan tak titikberatkan aspek pemakanan sihat. Saya masih lagi makan makanan yang tak sihat seperti burger, minum minuman manis dan sebagainya.

Selepas 3 tahun bershaklee, baru saya sedar dan saya didedahkan dengan prinsip Shaklee iaitu makan secara sihat, senaman & pengambilan suplemen secara bijak. Sejak daripada itu, saya mula ubah cara pemakanan & start berdetox. Daripada hasil berdetox, saya teruskan makan secara sihat, iaitu suku-suku separuh, makan buah-buahan dan sayuran 2 hingga 3 hidangan setiap hari.

Banyak perubahan yang telah berlaku kepada tahap kesihatan saya selepas mengamalkan Vitamin selama 4 tahun. Saya sentiasa bertenaga, masalah resdung juga tak berulang, tonsil pun jarang berulang dan saya juga jarang demam. Semasa proses berpantang anak kedua, luka cepat sembuh dan sentiasa bertenaga serta saya dapat supply susu yang cukup & bernutrisi untuk anak saya sehingga 2 tahun 4 bulan .

Antara Vitamin yang saya amalkan sepanjang 5 tahun ialah Vita Lea, Energizing Soy Protein, B Complex, Alfalfa, Vivix, Ostematrix, Vitamin C, Nutriferon, Lecithin, Cinch Energy Tea dan Garlic Complex.

Ramai yang tak percaya bahawa usia saya sudah 31 tahun. Mereka menyangka saya masih lagi berusia 20 an. Ini adalah effect yang paling menggembirakan saya.

Selepas 4 tahun mengamalkan Vitamin Shaklee, saya terdetik untuk membuat ujian darah. Tambahan pula, saya juga takut dengan khabar angin tentang buah pinggang rosak jika amalkan suplemen. Dalam ketakutan, saya juga yakin dengan Shaklee kerana Shaklee mempunyai Landmark Study.

Pada 25 November 2017, saya ke Path Lab untuk buat ujian darah dengan mengambil pakej 53 test, iaitu kolestrol, bacaan glukosa, bacaan buah pinggang, penyakit kelamin, hepatitis B dan banyak lagi. Seminggu kemudian, keputusan ujian dah keluar. Saya amat berdebar, dan risau. Alhamdulillah result semuanya baik dan dalaman saya sihat serta tiada masalah. Staff makmal pun tak tahu nak komen apa sebab result sangat cemerlang.

Dengan keputusan ujian darah tersebut, saya sangat YAKIN dengan keberkesanan Shaklee dan ingin setia mengambil Vitamin Shaklee sampai bila-bila. Yang paling penting,saya lebih berani untuk meyakinkan masyarakat di luar sana tentang keberkesanan suplemen Shaklee dan sekaligus membuktikan kepada anti suplemen bahawa Suplemen Shaklee bukanlah suplemen cap Ayam.

Shaklee, sentiasa selamat & sentiasa berkesan. Terima kasih Shaklee! Terima Kasih Allah!


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Luka Bersalin Czer Sembuh Dengan Cepat Selepas Amalkan Vivix


Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.

Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.

Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.

Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.

Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.

Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.

Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memnag rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.

Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.

Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.
Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.

Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!

Promosi Shaklee Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma

Promosi Shaklee Mei 2019 Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma
Promosi Shaklee Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma

Promosi twinpack 2 botol Vivix
Harga asal RM950

Harga promosi bulan ni
2 botol hanya RM684

2 botol Vivix boleh digunakan oleh anda suami isteri atau dihadiahkan kepada ibu ayah tercinta demi kesihatan mereka yang terbaik.

Nak beli terus di laman web Shaklee dengan kad kredit/debit anda? Klik gambar di bawah

 Promosi Shaklee Mei 2019 Vivix Harga Ahli

Nak sembang-sembang dulu tanya sebarang persoalan, boleh hubungi Umi di


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Luka Czer Cepat Kecut dan Pudar

Best! Luka Czer kecut pudar

Sejak saya konsisten ESP dan Vitamin C, keloid czer saya semakin mengecut. Ini perubahan paling besar dari saya sejak konsisten dua benda ne. Saya memang tak sangka keloid czer yang selama ne orang cakap tak bole hilang melainkan dengan surgery dan suntikan bole kecut dan pudar hanya dengan konsisten ESp & Vitamin C. Selama ne asyik fokus mau kulit cantik dan putih. Rupanya yang tersembunyi lagi ohsem effect!


Nak dapatkan produk Shaklee?


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Teruskan Membaca