Memaparkan catatan dengan label kulit kering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kulit kering. Papar semua catatan

10 Tips Pilih Pelembap Muka Untuk Semua Jenis Kulit Muka

Tips Pilih Pelembap Muka Untuk Semua Jenis Kulit Muka
Tips Pilih Pelembap Muka Untuk Semua Jenis Kulit Muka
Tips Pilih Pelembap Muka Untuk Semua Jenis Kulit Muka | Krim pelembab muka yang betul mengikut jenis kulit sangat berkesan dan penting untuk menaikkan seri wajah.

Penggunaan krim pelembab akan membuatkan wajah kelihatan sihat, berseri serta awet muda. Inilah perkara penting setiap hari Umi akan lakukan. Selepas mencuci muka dan memakai toner, Umi wajib apply krim pelembap muka secara nipis.

Menurut Dr. Zubairi Hj Ahmad, jika mempunyai kulit yang kering, sapulah krim pelembp muka selepas mandi atau selepas mencuci muka. Ini kerana selepas mandi atau mencuci muka, liang roma terbuka dan krim pelembap muka akan diserap dengan lebih mudah.

Pelembap muka berfungsi untuk membuat wajah kita kelihatan lebih segar dan menyimpan jumlah minyak yang secukupnya untuk kulit kita.

Kita jangan terlalu obses untuk bermekap hingga mengabaikan penjagaan asas muka iaitu pelembap muka. Luangkan masa mencari pelembap muka yang sesuai dengan kulit terutama apabila sudah mencapai umur 30-an ke atas.

Tips bagimana nak kenal pasti pelembab yang sesuai dengan kulit kita

1. Pelembab Kulit Sensetif
Ciri-ciri kulit sensetif biasanya mudah berasa panas ,mudah gatal atau merah bila salah pemilihan pelembab atau kosmetik dan pelembab tersebut mestilah tanpa bahan pewangi,tanpa bahan pewarna atau bahan pengawet dan lain-lain baham yang menyebabkan kulit sensetif.

2. Pelembab Kulit Kering
Sekiranya anda sudah memakai pelembab tapi belum rasa kulit betul-betul seimbang itu bermaksud pelembab anda mempunyai air sedikit dan belum mampu memberi kelembapan maksimum.

3. Pelembab Kulit Berjerawat
Ada yang takut nak pakai pelembab sebab kulit makin naik jerawat. Ok ini alasan untuk mereka tidak memakai pelembab. Selalunya mereka tersalah memilih pelembab yang berat dan jenis krim. Untuk mereka yang ada masalah jerawat saya selalu cadangkan agar memilih pelembab water based.

4. Pelembab Kulit Berminyak
Iklim panas lembab di negara kita adalah salah satu faktor ramai yang memiliki kulit berminyak terutamanya di kawasan T zone iaitu di kawasan dahi hidung dan dagu tetapi kwasan kulit amat kering.Keadaan ini alan menyebabkan kulit mudah berlaku pigmentasi dia bahagian yang kulit kering.

Tips tambahan untuk pilih pelembap muka yang sesuai dengan masalah kulit muka kita.

Umi cadangkan Age Defense Moisturizer SPF50 Youth Skincare Shaklee.

Disamping bertindak sebagai pelembap muka dan sunblock, krim pelindung kulit Youth juga bertindak sebagai sunscreen dan menggunakan bahan yang selamat seperti zink oksida sebagai salah satu bahannya.

Tips Pilih Pelembap Muka Untuk Semua Jenis Kulit Muka
Tips Pilih Pelembap Muka Untuk Semua Jenis Kulit Muka
Kelebihan Age Defense Moisturizer SPF50

  • Merupakan Sunscreen fizikal yang bertindak dengan selamat dan tidak meninggalkan kesan putih pada wajah.
  • Mempunyai SPF 50 dan Broad Spektrum yang melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB .
  • Tidak mempunyai oxybenzone dan bahan kimia yang merosakkan kulit.
  • Mengandungi Vital Repair+® Complex yang menghalang kerosakan kulit akibat radikal bebas dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.
  • Dilengkapi dengan Ekstrak Anggur Muscadine yang mampu membaiki kerosakan DNA sel yang disebabkan oleh sinar UV.

So, kalau anda tengah mencari sunscreen yang membantu menghalang sinar UV dan dalam masa yang sama membaiki kulit akibat kesan uv, Pelembap dengan SPF50 inilah pilihan terbaik anda.

Bila pakai sunscreen youth memang rasa ringan dan boleh nampak jerawat tu nampak baik je. hehe. Al-maklum jerawat ni sensitif dengan sinar UV. Bila UV datang kat jerawat, jerawat tu jadi merah dan meradang. Rasa gatal, nak garu-garu je. Tapi so far bila pakai Youth, kulit dah makin ok ,jerawat dah tak meradang dan gatal-gatal.

Berminat untuk dapatkan pelembap muka yang selamat dan semulajadi ini?
Anda boleh berhubung terus dengan Umi di sini


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Cara Pencegahan Kanser Kulit Dengan Krim Siang SPF Sunscreen

Cara Cegah Hilang Kanser Kulit Dengan Krim Siang SPF Sunscreen
Cara Cegah Hilang Kanser Kulit Dengan Krim Siang SPF Sunscreen
Cara Pencegahan Kanser Kulit Dengan Krim Siang SPF Sunscreen | Kanser kulit disebabkan oleh mutasi pada DNA sel kulit kerana terdedah kepada sinaran ultraungu UV.

90% kes kanser kulit terjadi diakibatkan oleh cahaya matahari. Kanser kulit berlaku pada semua jenis tona kulit dan kulit cerah lebih berisiko. Kanser kulit lebih bahaya pada yang berkulit gelap kerana biasanya ia tidak dapat dikesan.

Jenis Jenis Kanser Kulit

1. Basal cell carcinoma – satu tompok kecil membesar dan seterusnya menjadi ketumbuhan. Mungkin berdarah pada bahagian tengahnya.

2. Squamous cell carcinoma – berwarna merah dan berbentuk tidak sekata, sakit bila disentuh dan boleh juga membentuk ulser. Bahagian tepi lebih tinggi berbanding bahagian tengah.

3. Melanoma – berwarna gelap atau hitam. Bentuk di bahagian tepi yang tidak sekata dan mempunyai pelbagai warna pada permukaan barah. Diameter barah ini biasanya melebihi 6mm.

Langkah Pencegahan

1. Kurangkan pendedahan kepada pancaran matahari terutamanya individu yang mempunyai warna kulit yang cerah.
2. Elakkan pendedahan kepada pancaran matahari pada waktu yang mempunyai kadar UV yang tinggi iaitu dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
3. Pakai pakaian berlengan panjang serta topi bila melakukan aktitiviti di bawah pancaran matahari.
4. Gunakan krim pelindung matahari (sunscreen) yang dapat menghalang pancaran UVA dan UVB sebelum terdedah kepada pancaran matahari.

Cara Pencegahan Kanser Kulit Dengan Krim Siang SPF Sunscreen
Cara Cegah Hilang Kanser Kulit Dengan Krim Siang SPF Sunscreen
YOUTH Age Defense Mosturizer SPF50 merupakan pelembap dan pelindung matahari berspektrum luas (broad spectrum) untuk menghalang kerosakan kulit oleh sinar UVA dan UVB. Berdasarkan kajian, purata indeks ultraviolet di Malaysia sangat tinggi.

UVA : menyebabkan penuaan yang mendatangkan kedutan & tanda-tanda penuaan kat muka.
UVB : membakar kulit (sunburn) & kulit jadi gelap.

YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50 mengandungi vitamin dan botani bernutrien untuk melembap, menyubur dan menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh.

YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50 juga boleh digunakan sebagai primer mekap. Kulit kita akan jadi glowing sampaikan tak payah guna highlighter dah.


Nak dapatkan produk skincare Shaklee ini?


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Teruskan Membaca

Skincare Youth Shaklee Untuk Kulit Kering & Kulit Dehidrasi


Kita seringkali menganggap kulit muka "kering" dan "dehidrasi" adalah perkara yang sama. Tetapi sebenarnya kedua-dua istilah ini merujuk kepada keadaan kulit yang berbeza.

Kulit kering
Kulit kering merujuk kepada jenis kulit yang diwarisi secara genetik atau boleh bermula di kemudian hari terutamanya wanita post-menopause. Kulit kering boleh kelihatan kasar, berkilat dan kadang-kadang merasa gatal.

Kulit dehidrasi
Dehidrasi adalah keadaan yang mana semua jenis kulit boleh mengalaminya. Sebab utama ialah ketidakseimbangan hormon, diet, faktor persekitaran, penuaan dan juga perubahan dalam cuaca. Kulit dehidrasi kelihatan kusam.

Kulit kering dan dehidrasi lebih mudah terdedah kepada tanda-tanda awal penuaan. Sel kedua-dua jenis kulit menunjukkan tahap kekurangan air yang mencukupi. Air sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat, licin dan montok. Kulit yang terhidrat juga menunjukkan awet muda dan membantu mengekalkan fungsi sel kulit yang sihat.

Penyelesaian yang ada ialah set YOUTH Hydration yang direka untuk memberikan penyelesaian untuk kedua-dua kulit kering dan dehidrasi.

Antara produk yang ada di dalam set Youth Hydration ialah YOUTH Activating Serum untuk meningkatkan tahap penghidratan kulit. Mengandungi 10x ganda kepekatan Youth Complex dan vitamin A retinol berkapsul yang bertindak bersama-sama untuk mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit.

YOUTH Age Defense Moisturizer SPF-50 direka untuk melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan dan pancaran sinaran matahari yang panas di Malaysia. Moisturizer juga bertindak melindungi kulit dari sinar UV. Disamping bertindak sebagai sunblock, moisturizer Youth juga bertindak sebagai sunscreen.

Kedua-dua produk YOUTH ini menggunakan Active Cellular Hydration Technology™ yang membantu kulit mencapai kecekapan sistem penghidratan semulajadi agar kulit lebih dehidrasi dan awet muda.

Selain itu, meminum air yang cukup (kira-kira 8 gelas atau 64 auns, sehari) juga penting. Perlu diketahui bahawa kulit adalah organ terakhir yang menyerap penghidratan.

Perkara terbaik adalah mengekalkan hidrasi dan kekal lembap. Hasilnya kulit yang lebih lembut, licin dan awet muda!

Klik gambar di bawah untuk lihat testimoni pengguna skincare Youth Shaklee

 testimoni skincare youth shaklee

Acane lepas tengok testimoni tu, rasa teringin ke nak dapatkan Youth Starter Set?

Promosi sempena Ramadhan
Youth Starter Set
Harga asal RM 850


Harga Promosi RM 612

Youth Starter Set ni mampu bertahan sehingga 3-4 bulan penggunaan. Untung ke untung?

Jika nak harga terlajak jimat promosi ni, boleh terus beli online

 Promosi Shaklee Mei 2019 Youth Starter Set

Atau jika nak sembang-sembang dulu dengan kami,
boleh Whatsapp


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Masalah Kulit Muka Kering dan Mengelupas | YOUTH Skincare Shaklee


Masalah kulit kering sering dimiliki rakyat Malaysia. Kulit kering akan membuatkan muka kelihatan tidak cantik kerana solekan atau bedak sukar diserap oleh kulit.

Kulit yang selalunya kering adalah di bahagian-bahagian yang terbuka, seperti bahagian muka, tangan dan kaki yang selalu terdedah pada panas dan udara luar. Bahagian kulit yang kering juga akan menjadi warna putih sekiranya digores dengan kuku.

Antara faktor yang menyebabkan masalah kulit kering:

Kurang minum
Sebahagian besar tubuh kita terdiri dari air. Air memainkan peranan penting dalam memastikan kulit tidak kering dan sentiasa segar. Kulit akan mengalami penurunan kelembapan sekiranya kurang minum air.

Genetik dan usia
Keadaan kulit yang kering dari kecil atau mempunyai genetik keluarga yang memang mempunyai keadaan kulit yang kering akan membuatkan keturunan seterusnya boleh mengalami masalah yang sama.

Semakin bertambah usia, kelembapan kulit kita akan berkurangan lalu menyebabkan ketahanan kulit kita berkurang dan kulit kita akan perlahan-lahan menjadi kendur.

Penggunaan produk
Terdapat pelbagai kesan sampingan dari produk solekan, sabun serta suplemen pemakanan untuk kecantikan. Masalah kulit kering juga akan timbul sekiranya terlalu kerap menggosok kulit ketika mandi.

Menggosok kulit ketika sedang mandi dapat membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang ada pada kulit, namun jika terlalu kerap menggosok boleh mengakibatkan kelembapan kulit semakin berkurangan. Penggunaan deodorant dan sabun anti bakteria juga mengakibatkan kehilangan lapisan lemak dan air dari kulit.

Cuaca
Kulit akan menjadi kering dalam keadaan cuaca tertentu seperti terlalu sejuk atau terlalu panas. Suhu yang terlalu panas juga boleh mengakibatkan seseorang tu mengalami strok haba kerana jumlah air yang diperlukan oleh badan tidak mencukupi. Akibat suhu yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya kerana terlalu banyak peluh yang dikeluarkan dari tubuh badan.

Gangguan kesihatan
Masalah kulit kering juga boleh diperolehi kerana gangguan kesihatan tertentu, seperti kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Akibat kadar hormon tiroid yang terlalu rendah, aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak semakin menurun maka kulit menjadi kasar dan kering. Psoriasis ialah keadaan kulit yang kemerahan, kasar dan bersisik tebal yang berlapis-lapis akan timbul sekiranya tubuh kita tidak mempunyai air yang cukup.

Masalah kulit kering dapat diatasi melalui langkah-langkah berikut :
  • Minum air mineral yang cukup agar tidak mengalami masalah kurang air.
  • Hindari penggunaan air panas ketika mandi kerana penggunaan air panas boleh mengakibatkan kelembapan kulit berkurangan.
  • Makan buah-buahan dan sayuran supaya tubuh badan dan kulit dapat memperoleh vitamin yang cukup.
  • Penggunaan sabun mandi yang boleh mengekalkan kelembapan kulit adalah sangat digalakkan.
  • Penggunaan losen badan selepas mandi juga disarankan terutama ketika cuaca panas ataupun sejuk.
Cadangan kami skincare natural untuk perlindungan luaran iaitu rangkaian penjagaan wajah YOUTH. Skincare natural YOUTH adalah skincare plant-based yang telah melalui ujian klinikal dan 100% wanita yang terlibat mengalami perubahan dari segi kedutan kulit, tekstur kulit, saiz pori, tona kulit, hiperpigmentasi, seri kulit, kekenduran dan keanjalan kulit berbanding sebelumnya.


Kandungan skincare plant-based YOUTH Skincare

MUSCADINE GRAPE
Familiar dengan bahan ini? Bahan ini juga terkandung di dalam supplement anti oksidan premium iaitu Vivix.
Ia membantu melindungi dan memperbaiki DNA sel serta membantu menghalang kerosakan collagen dan elastin.










LOTUS JAPONICUS
Mengaktifkan protein yang penting untuk penjanaan semula sel untuk menghasilkan lebih collagen, elastin.
Membantu mengurankan kedutan.
Membantu memperbaiki tona kulit.
Membantu melembapkan kulit.












APPLE STEM CELL EXTRACT
Mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit yang lebih sihat.
Membantu mengekalkan dan memperbaiki tisu kulit supaya sentiasa berseri, lembut.
Melindungi sel kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.
Membantu mengurangkan proses pengeluaran melanin di dalam kulit yang juga membantu mencerahkan kulit.









SHISANDRA CHINESIS
Menyokong struktur kulit untuk jadi lebih muda dengan vitamin semulajadi dan anti oksidan.
Mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi dimana ia dapat membantu mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel akibat serangan radikal bebas.












VITAL REPAIR+® COMPLEX
Ramuan exclusive 7 nutrisi anti oksidan dan vitamin yang membantu melindungi dan menghalang serangan radikal bebas yang merosakkan kulit. Ia juga sekaligus membantu untuk tumbesaran sel kulit yang sihat.

Antara 7 nutrisi tersebut ialah:

Vitamin E – membantu melancarkan aktiviti sel kulit
Vitamin C – menguatkan sistem tubuh untuk menghalang sinaran UV yang merosakkan kulit
Vitamin A – meningkatkan kelembapan kulit
Panthenol (pro-vitamin B5) – meningkatkan kelembutan dan keanjalan kulit
Ekstrak Biji Anggur – mengganggu tindak balas enzim yang memecahkan collagen yang anjalkan kulit
Superoxide Dismutase (SOD) – meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan lebih cepat
Beta Glucan – melegakan kerengsaan alam sekitar

Bagaimana YOUTH skincare dari Shaklee dapat bantu masalah kulit kering?

Orang yang ada masalah kulit kering selalu ada masalah berikut:
  • Kulit wajah kasar, kusam dan seakan bersisik
  • Pori-pori yang sangat kecil dan tidak terlihat
  • Banyak garis-garis halus dan kedutan di kulit
  • Kulit kerap menggelupas seperti selepas mandi atau setelah mencuci muka
  • Kulit kerap gatal
  • Terdapat radang pada kulit
3 Sebab Mengapa Anda Perlu Tukar Skincare Sedia Ada Ke YOUTH Skincare

Pertama: Keberkesanan produk YOUTH terbukti melalui Kajian Klinikal dengan menggunakan Skin Age Index.
Skin Age Index direka oleh expert dan dermatogist peringkat antarabangsa untuk mengkaji keberkesanan produk anti-aging. Ianya satu tools untuk mengukur tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta. Keputusan kajian ini, mendapati:-

100% wanita telah dibuktikan memiliki kulit yang kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya hanya dalam tempoh 4 minggu.
Selepas 12 minggu, 2/3 daripadanya menunjukkan Skin Age Index 10 tahun lebih muda dari kulit asal.
Tekstur kulit bertambah baik.
Kulit semakin cerah dan radiant.
Pengurangan garisan-garisan halus atau kedut halus.
Kulit lebih tegang.

Kedua: Keistimewaan dan Perbezaan YOUTH berbanding produk skincare di pasaran
Youth adalah 100% Vegan. Satu-satu skincare tidak boleh meletakkan label Vegan sesuka hati. Ia mestilah memenuhi beberapa syarat seperti bebas daripada menggunakan sumber daripada haiwan termasuklah madu, beewax, atau milk-drive lactic acid. Secara ringkasnya, ia adalah 100% bersumberkan tumbuh-tumbuhan.

Cruely Free. Tidak diuji ke atas haiwan dan juga offcos tidak menggunakan sumber haiwan.
Sesuai Dengan Kulit Sensitif. R&D YOUTH dibuat selama 8 tahun dan diuji sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya diperbuat dari tumbuhan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya yang boleh trigger kulit. So, jangan ragu-ragu untuk try.

Hypoallergenic. Jaminan tidak menyebabkan alahan pada kulit.
Non-Comodogenic. Tidak menyebabkan liang pori tersumbat.
Diuji oleh ahli Dermatologi
Diuji oleh ahli Oftalmologi
Selamat digunakan oleh Ibu Mengandung.
Boleh digunakan seawal umur 20an.

Ketiga: Ia berkesan seawal 4 minggu
Lihat testimoni daripada pengguna YOUTH skincare Shaklee Malaysia DISINI
Belum sebulan lagi dah nampak perubahan. Kesan seawal beberapa hari sehingga minggu ke 4 adalah seperti:

  • Lubang bekas jerawat semakin berkurangan.
  • Jeragat semakin pudar.
  • Tona kulit semakin sekata.
  • Garis-garis halus atau wrinkles di sekitar mata semakin hilang.

Dalam Youth skincare ada 4 produk yang boleh membantu masalah kulit kering:



1. Luminous Gel Oil Cleanser
Pencuci Youth ini tanpa sabun jadi ia tak mengeringkan kulit. Takde rasa tegang. pencuci muka 3 dalam 1 yang tidak mengandungi sabun, pH seimbang dan digabungkan dengan campuran vitamin dan alga untuk membersih dan memperhaluskan kulit dengan lembut.

2. Perfecting Skin Toner
Kaya dengan nutrisi, bukan sahaja double cleansing malah ia akan melembapkan kulit. Membebaskan kulit dari kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan membersihkan kulit dari pencemaran agar kulit lebih cerah dan berseri. Perfecting Skin Toner ni membersihkan kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit.

3. Age Defense Moisturiser SPF50
Paling best berkenaan krim ini adalah tekstur yang ringan dan lembut, akan bantu melembapkan kulit. Kaya dengan nutrisi membuang free radicals dan melindungi kulit dari cahaya matahari. Ia melembapkan dan melidnungi kulit. memberikan perlindungan kulit daripada sinaran matahari. Vitamin dan nutrien botani di dalamnya akan memberikan kelembapan pada kulit dan menambahbaik penampilan kulit.

4. Advanced Renewal Night Cream
Krim malam memiliki tekstur yang lembut, ringan, sejuk mudah sangat hendak ratakan pada kulit. Kaya dengan nutrisi bantu untuk tegangkan dan tingkatkan elastin pada kulit. ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus serta bahan antioksida yang lain untuk menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur. Campuran botanikal ni juga meransang penghasilan kolagen dan elastin yang akan membaiki tekstur dan tona kulit.

Testimoni Masalah Kulit Kering Pengguna Youth Skincare






Masalah-masalah yang timbul sejak 6 bulan tak pakai apa-apa Moisturizer (hanya pakai pencuci Nutriwhite je) masih ada.
.
😣 Kulit jadi kering walaupun dah minum air lebih 3 liter
😣 Kulit jadi kusam
😣 Kulit jadi mengelupas teruk, rasa kasar macam kertas pasir jer kalau pegang
😣 Kulit dah mula ada jeragat
😣 Pori-pori terbuka besar
😣 Pigmentasi banyak
😣 Garis-garis halus semakin ketara (yer la dah nak masuk 40an kan)

Pakai Youth 7 hari ni ada la rasa kulit kering yang mengelupas tu dah berkurangan dan kulit jadi lembut 😍

Tak mengharap pun akan dapat results yang WOW dalam masa 7 hari guna ni.
Tapi bila Kak Ayu compare dengan gambar yang Kak Ayu suruh suami ambik sebelum pakai Youth tu, Kak Ayu macam pelik skit 🤔

Dah macam rupa orang lain pun ada 😆
Btul ke ni muka Kak Ayu? 😅
Aih..pencahayaan matahari ja kot ni tu nampak macam cerah ja kan 😁
Tapi lepas tu Kak Ayu compare lagi dari jarak dekat plak.

Hasilnya 😲😲😲
Macam tak percaya jugak!

💃Garis-garis halus bawah mata dah kurang!
💃Eye beg kurang!
💃Part-part yang teruk mengelupas tu pun dah kurang sesangat!
💃Muka nampak lebih bermaya 😍

Tinggal part jeragat, pigmentasi, dan pori-pori yang masih perlu dirawat (yang ni keja Serum & Radiance C+E) 😁

Wah! Rasa best giler tadi bila nampak perubahan jelas tu 💃


Korang nak rasa jugak kehebatan kesan YOUTH skincare ni?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

5 Masalah Kulit Muka Orang Malaysia dan Cara Mengatasinya


Kebanyakan orang Malaysia mengalami 5 masalah kulit berikut. Usah bimbang kerana ada jalan penyelesaian semulajadi yang boleh membantu mengatasi masalah ini.

1. Kulit Lebih Sensitif
Kita mempunyai masalah kulit yang mudah iritasi kerana kulit kita mempunyai corneum strata atau dipanggil lapisan kulit paling luar yang lebih nipis berbanding dengan kulit kumpulan etnik lain. Kulit kita menjadi terlalu sensitif kepada faktor alam sekitar dan bahan kimia yang mana boleh mengganggu keseimbangan tahap pH kulit.

Tip : Hati-hati dengan produk dan rawatan yang kita lakukan pada kulit kerana kebanyakan dari kita mempunyai kulit yang tidak bertindak balas dengan baik kepada rawatan yang dilakukan seperti kulit mengelupas dan sebagainya.

2. Kulit Lebih Mudah Berparut
Disebabkan lapisan kulit paling luar yang sangat nipis, kulit orang Asia juga dikatakan lebih mudah berparut. Oleh kerana itu, penjagaan yang lebih teliti perlu dipertimbangkan, lebih-lebih lagi kala jerawat mula timbul pada kulit wajah dan pada masa pemulihan.

Tip : Jangan sekali memicit jerawat yang timbul. Gunakan produk lembut seperti vitamin E untuk memulih kesan jerawat.

3. Kulit Kering
Kajian mendapati yang mana orang Asia mengalami masalah Transepidermal Water Loss (TEWL) yang sangat tinggi. TEWL merupakan jumlah wap air yang hilang dari lapisan kulit.

Tip : Ini bermakna kulit kita perlukan lebih lembapan dan sebaiknya pilih pelembap yang tinggi dengan kandungan bahan-bahan pengikat air seperti asid hyaluronic.

4. Kulit Lebih Senang Berminyak
Sering kita dengar yang mana orang Asia mempunyai lebih kelenjar sebaceous dan lebih berminyak dari kulit orang Caucasian. Ini juga mungkin disebabkan keadaan cuaca.

Tip : Pori kulit kita lebih senang tersumbat dan disebabkan itu sebaiknya lakukan proses pengelupasan kulit sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Di samping itu, jangan gunakan produk yang kasar, yang mana boleh menanggalkan lipid semula jadi kulit dan sekaligus membuatkan kulit lebih berminyak.

5. Hyperpigmentation
Semua kulit mengandungi kira-kira jumlah melanosit yang sama tetapi jumlah melanin yang dihasilkan berbeza. Melanin adalah pigmen kulit semula jadi yang melindungi kulit daripada kerosakan UV. Jelas sekali, orang berkulit gelap menghasilkan lebih banyak melanin dari mereka yang berkulit cerah. Walaupun penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang Asia mempunyai lebih banyak pigmen melanin photo-protective, kajian menunjukkan bahawa kita mempunyai 3 lapisan melanin. Ini menjadikan yang kita sebenarnya mempunyai lebih banyak isu-isu dengan gangguan masalah pigmentasi. Inilah sebabnya mengapa banyak produk kosmetik Asia mengandungi bahan pencerahan kulit.

Tip : Amalkan penggunaan krim tabir suria setiap hari agar kulit sentiasa terlindung dari sinaran UV yang merosakkan kulit.

Kulit muka saya pun tak terkecuali daripada mengalami masalah seperti di atas. Alhamdulillah saya dah berjaya mengatasi masalah tersebut dengan skincare terbaru daripada Shaklee iaitu Skincare Youth

Perjalanan rejim Youth skincare saya bermula sejak bulan Mac sehingga kini sudah 4 bulan. Alhamdulillah hasilnya sangat membanggakan. Tak sangka juga masalah jerawat, jeragat, liang pori besar dan wajah cerah berseri boleh hilang akhirnya.


Apa Beza YOUTH dan Skincare lain di pasaran?
Keberkesanan YOUTH dibuktikan melalui Kajian Klinikal. Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut.

Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-
  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran kulit
Kajian dibuat ke atas semua jenis kulit dari kalangan orang biasa bukannya model. Yang penting
sesuai untuk semua jenis kulit dari kulit orang putih dan Asia.


Hasil kajian menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.

Apa Istimewanya rangkaian penjagaan wajah YOUTH?
  • Produk YOUTH 100% vegan
  • Cruelty Free (Tiada ujian ke atas haiwan dijalankan)
  • Bebas daripada 2500 bahan kimia dan bahan penjagaan kulit yang berbahaya
  • Terbukti mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding biasa
  • Sesuai untuk wanita dan juga lelaki.
  • Sesuai untuk yang berumur awal 20 an hingga 70 an.
  • Mengambil masa selama 8 tahun kajian untuk terhasilnya YOUTH skincare ni.
Antara bahan yang ada di dalam produk YOUTH ni adalah
  1. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia thats why ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.
  2. Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
  3. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) – untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
  4. Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.
  5. Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.
Terdapat 6 produk utama di dalam set penjagaan kulit YOUTH ni iaitu:


1. LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
💙 Tiada sabun & pH yang seimbang.
💙 Berfungsi sebagai MAKEUP REMOVER! Boleh buang sekali daki, sisa makeup nipis & kotoran kat muka.
💙 Mengandungi MUSCADINE GRAPE EXTRACT, bahan premium dalam Vivix. Berfungsi untuk melindungi & memperbaiki sel DNA kita & juga menghalang kerosakan kolagen + elastin.

2. PERFECTING SKIN TONER
💙 Membersihkan kulit dari sel kulit mati.
💙 Membebaskan kulit dari sel sel kusam dan ejen pencemaran dari persekitaran
💙 Mencerahkan kulit dan kelihatan lebih berseri, segar
💙 Menghidrat & membekalkan nutrisi kepada kulit

3. YOUTH ACTIVATING SERUM
💙 Paling POWER antara item dalam YOUTH.
💙 Ada 10x ganda bahan aktif yang akan membantu PERBAHARUI SEL yg kritikal.
💙 Campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex akan menggalak penghasilan KOLAGEN agar kulit kita jadi lebih muda, remaja dan berseri.

4. AGE DEFENSE MOISTURIZER SFF50
💙 Dwi-fungsi. Boleh jadi moisturizer dan melindung kulit dari matahari.
💙 Pelindung matahari yg berspektrum luas SPF50 UVA/UVB. Jadi moisrurizer ni akan melindung kulit kita dari terkena sunburn terutama yg banyak terdedah dengan cahaya matahari.
💙 Juga boleh melembapkan kulit wajah dan menambah baik tone kulit secara sekata.

5. RADIANCE C+E
💙 Kapsul emas ini akan membantu mengurangkan tanda penuaan kat muka, termasuk jeragat, kedutan, eyebag dan melicinkan struktur kulit jadi lebih sekata.
💙 Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten, vitamin E dan ekstrak sel raspberi membantu menegang, mencerah, mengurangkan garisan halus dan kedutan.
💙 Untuk kesan TERBAIK boleh guna selepas serum.
💙 Hanya perlu guna 2-3 kali seminggu atau setiap hari pada waktu malam mengikut keperluan.

6. ADVANCE RENEWAL NIGHT CREAM
💙 Krim malam yang best. Sapu night cream sebelum tido. Bangun pagi kulit rasa segar dan lembut jer tau.
💙 Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit masa kita tidur malam.
💙 Membantu merangsang penghasilan KOLAGEN dan elastin. Kulit kita akan jadi lebih licin, cerah dan muda!

Acane lepas tengok testimoni tu, rasa teringin ke nak dapatkan Youth Starter Set?

Promosi sempena Ramadhan
Youth Starter Set
Harga asal RM 850


Harga Promosi RM 612

Youth Starter Set ni mampu bertahan sehingga 3-4 bulan penggunaan. Untung ke untung?

Jika nak harga terlajak jimat promosi ni, boleh terus beli online

 Promosi Shaklee Mei 2019 Youth Starter Set

Atau jika nak sembang-sembang dulu dengan kami,
boleh Whatsapp


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

7 tanda jika wajah anda tidak serasi dengan produk skincare


Anda sedang tercari-cari produk penjagaan wajah yang baharu? Tahukah anda tidak semua produk penjagaan wajah yang ada di dalam pasaran sesuai dengan kulit anda.

Bagaimanakah untuk mengetahui bahawa produk penjagaan wajah itu tidak sesuai dengan kulit wajah kita?

1. Muncul jerawat
Munculnya jerawat ini sememangnya akan berbeza-beza pada setiap orang. Ada yang jerawat tumbuh selepas sekali pemakaian produk dan ada juga yang jerawatnya baharu muncul setelah beberapa kali pemakaian produk tersebut.

2. Mata memerah dan berair
Mata yang memerah, pedih dan berair menjadi tanda bahawa kita tidak sesuai dengan produk seperti pembayang mata, penggaris mata dan juga maskara. Segera berhenti daripada menggunakannnya bagi mengelakkan masalah menjadi lebih serius.

3. Rasa perih dan panas
Jika ketika kita menggunakan produk penjagaan wajah dan kulit terasa panas dan perih, itu merupakan tanda-tanda kulit kita memberikan reaksi yang tidak sesuai. Kulit akan memberikan isyarat bahawa ia tidak sesuai dengan produk tersebut melalui simptom-simptom sedemikian.

4. Kulit memerah
Kulit yang memerah ini biasanya menjadi bukti bahan-bahan yang terkandung di dalam produk menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit wajah.

5. Kulit menjadi sangat kering
Apabila kulit wajah disentuh akan terasa kasar kerana lembapan pada kulit telah hilang. Lebih menyakitkan apabila kulit wajah akan mengelupas dek kerana kurangnya lembapan pada kulit wajah. Lebih merimaskan ialah apabila kulit wajah terasa gatal sehingga memungkinkan kita menggaru kulit wajah.

6. Bibir pecah-pecah
Salah satu tanda yang wajah tidak sesuai dengan sesuatu jenis produk ialah berlakunya keadaan bibir yang pecah-pecah dan mengelupas.

7. Rasa gatal
Apabila berasa gatal dan terasa seperti ingin menggaru kulit wajah maka itu tandanya kita tidak sesuai memakai produk tersebut. Sepatutnya produk yang sesuai dengan kulit wajah mestilah tidak menyebabkan kulit menjadi tegang sehingga kulit wajah menjadi gatal.

Sejajar dengan permintaan yang tinggi terhadap produk skincare yang semulajadi, bebas bahan kimia merbahaya dan berkesan, Shaklee telah mengeluarkan skincare terbaru iaitu Youth.

Keistimewaan skincare YOUTH ini?
  1. Rangkaian skincare YOUTH adalah 100% vegan ( semulajadi ).
  2. Tiada ujian ke atas haiwan dijalankan.
  3. Bebas dari 2,500 bahan kimia dan bahan penjagaan kulit yang merbahaya yang biasa ada dalam mana-mana skincare. 2,500 ya, bukan 10, bukan 100.:)
  4. Bertindak 10x aktif dalam mempercepatkan pembaharuan sel.
  5. Sesuai untuk semua jenis kulit. ( termasuklah kulit yang sensitif )
  6. Hypoallergenic
  7. Non-comedogenic
  8. Dermatologist-tested
  9. Ophthalmologist-tested ( membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata, tidak merengsakan walaupun pada mata yang sensitif )
Perbezaan skincare YOUTH dengan skincare yang lain adalah :

Keberkesanan YOUTH dibuktikan dengan melalui KAJIAN serta UJIAN KLINIKAL.
Keputusan menunjukkan :
  1. TERBUKTI secara klinikal 100% wanita yang mengikuti kajian ini berjaya memiliki kulit yang nampak lebih muda berbanding sebelumnya.
  2. TERBUKTI secara klinikal 2/3 daripada wanita yang mengikuti kajian ini telah berjaya mendapatkan kulit yang lebih muda 10 dari usia sebenar!
  3. TERBUKTI SECARA KLINIKAL TANPA KOMPROMI!
Bahan yang terkandung dalam skincare YOUTH ini adalah :
  1. Schisandra Chinensis Fruit Extract - menyokong struktur kulit lebih muda serta memberi khasiat kepada kulit.
  2. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A- mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit serta menyegarkan juga melembutkan
  3. Lotus Japonicus Extract - menyokong penghasilan kolagen dan elastin yang menegangkan kulit tanpa kedutan.
  4. Muscadine Grape Polyphenols - melindungi kolagen & elastin sekaligus memberi perlindungan pada kulit. Muscadine Grape juga merupakan bahan PREMIUM dalam VIVIX :)
  5. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) - melawan radikal bebas serta memberi perlindungan pada kulit.

Promosi skincare semulajadi sempena Ramadhan
Youth Starter Set
Harga asal RM 850


Harga Promosi RM 612

Youth Starter Set ni mampu bertahan sehingga 3-4 bulan penggunaan. Untung ke untung?

Jika nak harga terlajak jimat promosi ni, boleh terus beli online

 Promosi Shaklee Mei 2019 Youth Starter Set

Atau jika nak sembang-sembang dulu dengan kami,
boleh Whatsapp


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

5 Jenis Vitamin Untuk Kulit Kering


Vitamin Untuk Kulit Kering. Fungsi vitamin adalah untuk menjaga metabolisme tubuh yang memberikan kesan pada kesihatan kulit.

Merawat diri dalam dalam adalah dengan cara mengambil bahan makanan yang mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Keperluan vitamin pada setiap orang juga berbeza, memandangkan jenis kulit setiap orang pun berbeza.Untuk mengetahui jenis vitamin yang diperlukan, anda perlu mengenali jenis kulit anda.

Berikut beberapa jenis vitamin untuk kulit kering yang wajar anda ambil tahu.

Vitamin A
Vitamin A merupakan kunci apabila anda ingin memiliki kulit yang sihat dan cantik. Vitamin ini akan memperbaiki dan memelihara jaringan kulit. Anda yang kekurangan vitamin A, lebih berisiko untuk mengalami masalah kulit kering dan bersisik. Pemakaian losyen kulit yang mengandungi vitamin A akan membantu mengawal jerawat serta mengurangkan kedutan dan garis-garis halus. Anda boleh mendapatkan vitamin A dengan cara menikmati lobak merah dan pelbagai sayuran hijau.

Vitamin B Kompleks
Vitamin ini boleh diperoleh dengan pengambilan oatmeal, pisang dan telur.Vitamin B kompeks mengandungi nutrisi, iaitu biotin yang sangat bagus untuk menjaga pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit serta sel-sel rambut.Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan rambut rosak.

Vitamin C
Vitamin C mampu meningkatkan pengeluaran kolegan yang cukup baik, mengatasi kedutan, memperbaiki tekstur kulit yang pada awalnya kering menjadi lebih lembab dan lembut serta mengurangkan kerosakan kulit. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, anda perlu selalu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C.

Vitamin E
Vitamin E bagus untuk mengurangkan bekas luka, menjaga kesihatan kulit, keanjalan kulit , kelembutan kulit dan menjaga kulit daripada kerosakan. Anda disarankan menikmati kacang-kacangan, buah zaitun serta bayam yang kaya dengan vitamin E. Untuk perawatan luar, anda juga boleh memakai minyak atau losyen vitamin E untuk disapu pada wajah atau kulit.

Vitamin K
Merupakan vitamin yang cukup bagus untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata atau mata panda dan mampu menyamarkan kedutan. Anda boleh mencari krim atau losyen yang mempunyai kandungan vitamin K ketika mempunyai masalah mata bengkak atau mata panda. Selain pemakaian krim, anda disarankan menikmati sayuran berwarna gelap untuk memenuhi nutrisi vitamin K di dalam tubuh dan kulit. - sumber http://www.wom.my


Apa yang Shaklee tawarkan untuk anda yang ada masalah kulit kering?

Vitamin A
CarotoMax sangat sinonim dengan vitamin A. Sebab itu ia digelar vitamin mata kerana ia sangat terkenal untuk masalah rabun. Ini kerana CarotoMax mengandungi campuran fitokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan membran mukosa.

Apakah karotenoid?
Ia adalah pigmen yang membentuk warna pada sayur-sayuran seperti warna oren pada lobak dan tomato. Karotenoid adalah sumber vitamin A terbaik. Ia sangat penting untuk melindungi sel daripada radikal bebas, menguatkan sistem imunisasi tubuh dan membetulkan fungsi organ tubuh.

Apakah CarotoMax Shaklee? Apa yang ada dalam setiap kapsul CarotoMax Shaklee?
CarotoMax shaklee adalah hasil gabungan 6 varieti karotena yang diekstrak dari sayuran dan buah-buahan yang tinggi sifat antioksidan seperti biji anggur, brokoli, tomato, rumpai laut, kentang dan minyak sawit.

Satu kapsul CarotoMax juga membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semulajadi yang sangat bagus untuk kesihatan. Dalam setiap kapsul CarotoMax Shaklee ini kita akan mendapat semua khasiat 6 varieti karotena yang memberikan kebaikan karotenoid yang lengkap yang sukat untuk didapati daripada diet harian.

  • Alpha Carotene – untuk penglihatan malam, menjaga kesihatan mata, menghalang degeneragi penglihatan
  • Beta Carotene – memperbaiki kulit, mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Astaxanthin – pigmen di dalam alga & fitoplankton yang memberikan warna pink pada ikan salmon, tetapi Shaklee telah menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang tulen dan poten. Ia membantu melindungi oksidasi kolesterol LDL.
  • Lycopene – bersifat antioksida, menghalang penuaan organ, mengurangkan penyakit kelenjar prostat, untuk kesihatan serviks, jantung dan menguatkan sistem imun.
  • Lutien – menyekat katarak, glaucoma, AMD (penyakit macular berkaitan umur)
  • Zeaxanthin – melindungi mata, menurah cahaya gelombang biru pendek berbahaya, mengurangkan risiko kanser ovai & payudara termasuk endometrial & serviks.

7 kebaikan CarotoMax Shaklee untuk anda :

  1. CarotoMax lebih selamat daripada Vitamin A - Kenapa? Pengambilan Vitamin A secara berlebihan akan menyebabkan toksisiti. Ahli saintis telah menemui beta karotena pada tahun 1932. Satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.
  2. CarotoMax membantu mempertingkatkan penglihatan - Ia akan menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ia juga mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bag dan gegelung hitam mata.
  3. CarotoMax juga menggalakkan perkembangan normal dan sihat - Ia membantu merangsang perkembangan kanak-kanak & remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kuku, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem teproduksi serta membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.
  4. CarotoMax melindungi Epithelia - Ia memelihara lapisan luar korna,rongga oral,usus,perut,paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semsa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.
  5. CarotoMax meredakan penyakit kulit - Pengambilan yang konsisten dan banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis ,senile palgue ,kulit kering,kulit gugur ,jerawat dan akne. Penggunaan luaran boleh membantu merawat pustule,scabies,akne dan ulser kulit.
  6. CarotoMax menghalang Infeksi - Ia merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru, batu, hepatitis, ashtma, flu dan selsema.
  7. CarotoMax melawan kanser dan oksidasi - Pengambilan beta karotena mampu mengukuhkan sisitem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini mengurangkan risiko kanser,terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia megurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mat yang teroksida.


Vitamin B
Terdapat 8 jenis vitamin B dalam supplemen B Complex Shaklee dan kesemua hadir pada nisbah yang tepat untuk tindak balas yang seimbang.

B2(Riboflavin)
B1 (Thiamin)
B6 (Piridoksin )
B3 ( Niasin )
Biotin
Asid Pantothenic
Asid Folik
B12 ( Sianokobalamin)

Perbezaan Vitamin B Complex Shaklee Berbanding Jenama lain.

1. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Kesemuanya berada pada kandungan yang tepat untuk bertindak bersama dengan lebih berkesan. B Complex Shaklee merupakan pilihan Vitamin B yang tepat dan seimbang.
2. Mengandungi biotin yang mahal yang sering diabaikan oleh vitamin B jenama lain.
3. Folic Asid adalah komponen vitamin B yang sukar diserap tubuh. Namun, B Complex Shaklee dicipta supaya mudah diserap. Jangan mushkil, jika anda ambil vitamin B lain tetapi tidak dapat merasakan kesan yang positif. Folic Asid sangat penting untuk mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung dan perlu diambil sejak sebelum konsepsi lagi sehingga 12 minggu kehamilan.
4. Hanya Shaklee mempunyai "Patented Bioactivated Absorbtion System "
Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten adalah ciptaan Shaklee dimana Shaklee menghasilkan selaput asid folik yang unik untuk membantu zat asid folik mudah diserap dan digunakan badan.
5. Tablet B Complex yang lebih mudah ditelan.


Vitamin C
Mengapa Vitamin C Shaklee Perlu Menjadi Pilihan Anda?

Shaklee telah menambah tablet Sustained Release Vita-C Plus dengan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex.

Fungsi Bioflavonoids untuk meningkatkan penyerapan vitamin C, dan memanjangkan keberkesanannya.

Apakah Kelebihan Vitamin C Shaklee Berbanding Vitamin C yang Lain?
Bagi memastikan supaya vitamin C boleh didapati apabila badan anda memerlukannya. Shaklee mengeluarkan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee yang mana dilepaskan melalui sistem pelepasan berterusan secara beransur-ansur ke dalam badan kita dalam tempoh sehingga 5 jam. Ia adalah bersamaan dengan 1 setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.


Vitamin E
Vitamin E Shaklee asli semulajadi (alpha tocopherol)

Kerana ia lengkap dengan unsur selenium(membantu penyerapan lebih optimum)

Kerana ia mengandungi ekstrak grape seed (Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C

Dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser,memelihara kecantikan, terbukti menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul dan melambatkan penuaan awet muda)

Inilah yang membuatkan Vitamin E Shaklee BERBEZA dengan yang lain
1 capsule vitamin E Shaklee mengandungi 400IU vitamin E (as-d-alpha tocopherol), 65 mcg SELENIUM dan 39.4mg grape seed extract

Mana nak dapat , bonus 3 in 1 dalam satu kapsul Vitamin E Shaklee. Takyah susah2 nak gi bli vitamin E satu, selenium satu, ekstrak grape seed satu.


Vitamin K
di Shaklee terdapat supplement yang mengandungi sumber vitamin K bersesuaian dengan keperluan harian tubuh kita. Tidak lain tidak bukan ia adalah Vitalea Iron Formula.

VitaLea kaya dengan Vitamin A, D, E, C, asid folik Vita B1, B2, B3, B6, B12, Biotin, Vita B5, kalsium, fosforus, iodine, zat besi magnesium kuprum dan zink.

Vitalea Iron Formula merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk buat belian terus dengan Shaklee.

 vitamin shaklee kulit kering



Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp saya terus di : http://shakleepengedarsah.wasap.my/
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Vitamin C Shaklee Bantu Pulihkan Kulit Tangan Dan Kaki Kasar



Saya seorang surirumah tangga sepenuh masa berumur 34 tahun. Bila dah kata surirumah dah tentulah saya orangnya yg pusing 1 rumah ke depan ke belakang ke atas dan ke bawah untuk memastikan 1 rumah bersih tanpa habuk pun. Sampailah saya sedar tapak kaki saya mula merekah, kasar dan tajam. Ada yang sampai terkoyak kulit, nak pijak lantai pun sakit ya amat.

Balik kampung mengeluh pada adik masalah tapak kaki saya sampai kadang jadi malu dengan suami sebab kaki selalu bergesel dengan kaki dia masa tidur. Adik mula cadangkan saya untuk cuba vitamin C dari Shaklee sebab dia juga mengamalkannya masa tu.

Lepas 2 bulan pengambilan VIT C dengan konsisten tapak kaki beransur pulih, lebih lembut,tidak koyak & yang lebih penting sudah hilang tajam-tajamnya. Begitu juga dengan tapak tangan saya sudah lembut tak kasar macam dulu lagi sedangkan saya masih membasuh pinggan masih membasuh baju-baju kotor & pegang sabun.

Lebih teruja bila kulit muka juga berubah jadi lembab-lembab. Untuk pengetahuan semua,dulu saya adalah pengguna tegar krim malam. Saya mesti sapu krim malam sebelum tidur sebab saya ada masalah muka beruam-ruam kecil. Hanya krim malam sahaja yang bantu saya sejak dulu.Tapi semenjak saya makan VIT C, saya jugak tinggalkan rutin menyapu krim malam sebab sebenarnya rimas nak tidur dengan krim duk ada kat muka(panas-muka berpeluh).

Alhamdulillah siapa sangka VIT C mampu membantu saya atasi masalah kulit muka juga. Tiada lagi ruam-ruam kecil, jerawat pun segan nak naik waima ketika datang bulan sekalipun.
Memang tak menyesal la beli VIT C ni,kulit lembut dari muka sampai tapak kaki.

Sebotol boleh tahan sampai 6 bulan sebab saya cuma mengamalkan sebiji sehari sahaja. Lebih menjimatkan sebab saya tak perlu lagi buang duit untuk beli krim-krim malam hanya untuk mencantikkan muka. Sebotol VIT C untuk seluruh badan, penjimatan berbaloi dari SHAKLEE. Alhamdulillah, terima kasih SHAKLEE.



Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp saya terus di : http://shakleepengedarsah.wasap.my/
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca