Takda bezanya vitamin dan ubat!

Simon Say No
Kadang-kadang susah untuk terangkan pada orang ramai dan sekeliling yang sebenarnya ada perbezaan antara vitamin dan ubat.

Vitamin (daripada Wikipedia):
Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Ubat (daripada Wikipedia):
Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.
Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Manakala ubat-ubatan pula adalah bahan luar yang asing kepada tubuh badan manusia. Sudah tentu ia mempunyai RISIKO kesan sampingan keatas mereka yang mengambilnya.
Ubat-ubatan bertindak secara langsung keatas tubuh badan, oleh itu pengambilan ubat-ubatan HANYA atas nasihat doktor atau ahli farmasi yang bertauliah sahaja.
Pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan berterusan akan menyebabkan RISIKO SECARA LANGSUNG kepada tubuh badan manusia, seperti lemah daya tahan, ketagihan dan kematian. (sumber : Bukan Ubat)

Bukankah terdapat perbezaanya?

0 comments:

Catat Ulasan