Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa

Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa
Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa
Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa | Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza. Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A,B dan C.

Influenza A, influenza B dan influenza C
Ketiga-tiga jenis influenza ini boleh menjangkiti manusia.

Virus Influenza A
Boleh menjangkiti kedua-dua, manusia dan binatang meskipun lebih kerap berlaku dalam kalangan manusia. Binatang yang dijangkiti kebiasaannya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Antara yang boleh dijangkiti adalah ayam, itik, babi dan kuda.

Virus ini sering menyebabkan epidemik (penyakit yang kerap berlaku di sesuatu tempat) dan juga pandemik (epidemik di beberapa buah negara atau rantau).

Virus Influenza B
Hanya ditemui di dalam kalangan manusia sahaja. Jangkitan virus B mungkin lebih ringan berbanding virus A. Namun, ia masih berpotensi menyebabkan penyakit dan simptom yang teruk. Tidak seperti virus A, ia tidak dikelaskan mengikut subjenis dan tidak menyebabkan pandemik.

Virus Influenza C
Menyebabkan penyakit paling ringan antara jenis influenza yang lain. Kadangkala, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Jangkitan virus ini juga jarang berlaku.

Adakah influenza sama dengan demam selesema?

Tidak. Persamaan yang ada ialah Influenza dan selesema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus. Tapi virus yang berbeza.

Secara amnya simptom flu lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Berbeza dengan selesema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur.

Perbandingan antara influenza dan demam selesema

Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa
Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa

Influenza A H1N1
Influenza A H1N1 adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza). Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat Influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim (seasonal influenza) yang lain.

Gejala/tanda-tanda jangkitan virus influenza A (H1N1) adalah serupa dengan gejala Influenza-like-Illness (ILI) iaitu seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Di rantau tropika seperti Malaysia musim penularan influenza berlaku sepanjang tahun.

DAH BACA KE? Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Cara Mencegah Jangkitan Influenza

Dr Shazril Shaharuddin atau Dr Say berkongsi mengenai cara mencegah jangkitan influenza.

5 tips yang boleh diikuti supaya tidak dijangkiti virus influenza :

1) Jaga kebersihan
Sering kali kita terlihat, ramai orang yang menutup mulut atau hidungnya ketika bersin dan juga batuk. Tetapi perlu diingatkan juga supaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih yang mengalir supaya kuman di telapak tangan tidak tersebar di merata tempat. Secara tidak langsung dapat mengelakkan virus influenza ini dijangkiti.

2) Pakai topeng muka
Tutup mulut atau hidung dengan tisu kering apabila batuk atau bersin. Selain itu, pakai topeng muka supaya titisan cecair dari mulut dan hidung tidak tersebar ke orang lain.

3) Jauhi tempat sesak
Apabila terkena jangkitan selesema ataupun flu, jauhkan diri daripada tempat yang sesak. Juga elakkan diri daripada mendekati orang-orang yang batuk atau selesema dan hindari bersentuhan dengan orang luar negara atau pelancong asing yang dijangkiti influenza atau flu burung.

Memakai penutup muka (face mask) dapat elakkan titisan cecair dari mulut dan hidung tersebar pada orang lain.

4) Pemakanan dan diet sihat
Jamah hidangan mengikut piramid makanan seimbang dan tidak membeli makanan luar yang terdedah di persekitaran kotor. Selain itu, galakkan diri untuk lebih aktif bergerak dan berpeluh dalam kehidupan seharian.

BACAAN LANJUT : Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan

Tips Semulajadi Supaya Tidak Dijangkiti Virus Influenza

Kami mencadangkan Set Perlindungan Kesihatan.

1. Nutriferon
• Bertujuan untuk tingkatkan atau boost sistem imun tubuh iaitu interferon.
• Interferon ini ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi untuk melawan virus, bakteria, parasit atau sel tumor.
• Kewujudan dan fungsi interferon dikenalpasti dan ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkenal di dunia dari University Tokyo pada tahun 1954.
• Dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti biji labu, bunga sunflower, honeysuckle Jepun dan biji plantagi yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

2. Vitalea for Children
• Multivitamin yang dicipta khas untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak
• Dicipta berdasarkan kajian saintis dan pakar nutrisi Shaklee selama lebih 100 tahun, maka formula baru Vitalea for Children ini mengandungi 18 Vitamin dan Mineral yang sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak
• Diformulakan ‘Tooth-Friendly’ yang mengandungi kemanisan semulajadi dengan xylitol, yang mana mengurangkan risiko kaviti pada gigi kanak-kanak

3. Chewable-C Plus
• Dihasilkan daripada sumber tumbuhan semulajadi
• Mengandungi Citrus Bioflavonoids Complex 24mg untuk penyerapan Vitamin C dengan lebih optimum
• Bebas daripada pewarna, perisa dan pemanis tiruan
• Dos lebih rendah iaitu 100mg Vitamin C untuk setiap tablet
• Sangat mudah dikunyah dan ditelan oleh kanak-kanak kerana saiz tabletnya yang kecil
• Botol yang bersaiz kecil dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana.

4. Performance Drink
• Minuman elektrolit dengan kajian klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air
• Minuman isotonik yang tidak ada kandungan gas karbonat
• Mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah. Mudah diserap untuk tenaga yang segera.
• Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari iaitu campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang.
• Dapat mengawal paras cecair didalam badan agar badan kita terlalu kering dan tidak terlalu banyak

5. Mealshakes
• Lengkap dengan vitamin yang diperlukan oleh anak-anak
• Membekalkan protein untuk tumbesaran mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak yang telah berhenti meminum susu.
• Mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Zinc dan Selenium sebagai anti-oksidaan untuk sistem imun anak-anak
• Mengandungi Vitamin B yang lengkap, Zat Besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
• Mengandungi Asid Folik, Biotin dan Kalsium dan Magnesium untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dalam kita memahami perbezaan Influenza A, B, C dan selsema biasa serta bersama mencegah dan mengawal penularan wabak ini. InshaAllah

Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

11 ulasan:

  1. Alhamdulillah.Terima kasih perkongsian.

    BalasPadam
  2. Sekarang ni banyak jenis demam. Kena kenalpasti jerla kan.

    BalasPadam
  3. tq for the info..kuatkan immune badan dgn supplement..

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua diberi kesihatan oleh Nya.. risau sgt sb sblm ni husband penah kne influenza A ...sakit sgt bdn kateny..

    BalasPadam
  5. musim demam selsema skrg ni kanns..

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian 🌹🌹

    BalasPadam
  7. Harap2 tak menjadi wabak yang serius

    BalasPadam
  8. terima kasih infonya.

    Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com.

    Saya dah follow blog ini.

    Nak tanya awak ini, kalau awak berminat,

    sudi tak bertukar link blog dengan saya

    (bloglist) insy Allah akan bertambah trafik

    di blog awak. Kalau awak sudi beritahu ye.

    comment je kat mana-mana post blog saya

    https://www.oohsenyum.com/

    saya tunggu tau...

    BalasPadam
  9. teringat masa viral virus H1N1 dulu...aduhaiii...seram!

    BalasPadam
  10. Anak ena dlu kena influenza B. Masa p swasta doktor kata xperlu masuk wad. Tp mmg kt rumah berjagala siang malam dgn hrga ubat total rm400 lbh. Alhamdulillah 3hari baik. Tp masih trauma. Taknakla kena lagi. Kesiankan

    BalasPadam
  11. terima kasih di atas perkongsian..

    BalasPadam