5 Langkah Untuk Ibubapa Bantu Kawal Obesiti pada Kanak-kanak

5 Langkah Untuk Ibubapa Bantu Kawal Obesiti pada Kanak-kanak
5 Langkah Untuk Ibubapa Bantu Kawal Obesiti pada Kanak-kanak
5 Langkah Untuk Ibubapa Bantu Kawal Obesiti pada Kanak-kanak | Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7% dalam kalangan kanak-kanak.

Obesiti berlaku akibat daripada pengumpulan lemak yang berlebihan.

Faktor pemakanan dilihat sebagai penyumbang utama kepada masalah obesiti akibat pengambilan diet yang tidak seimbang serta kurang bergerak aktif.

Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil dimana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.

Faktor budaya juga menjadi penyumbang kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan kanak-kanak.

Pengambilan diet seimbang penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak amat memerlukan asid lemak Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia.

Ibu bapa boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 yang boleh didapati dari sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak.

BACA SINI 4 Jenis Ikan Terbaik Yang Digunakan Di Dalam Omega Guard

Langkah mengatasi masalah obesiti pada kanak-kanak

1. Kegiatan fizikal selama sekurang-kurangnya 1 jam. Ini berkesan untuk mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan kekuatan otot. Untuk kanak-kanak pra-sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah.

2. Hadkan aktiviti sedentari tidak melebihi 2 jam sehari (menonton tv, permainan video, aktiviti komputer).

3. Galakkan kanak-kanak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.

4. Makan mengikut masa iaitu sarapan pagi, tengahari dan malam. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan makan berlebihan.

5. Elakkan makan sambil menonton televisyen. Jangan letakkan televisyen di bilik tidur anak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk mengatasi masalah obesiti dikalangan kanak-kanak.
Mencari penyelesaian masalah obesiti dengan produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Ramdan Authentic on Unsplash

1 ulasan:

  1. Anda sedang mencari insurance terbaik untuk masa akan datang? klik dibawah

    Takaful malaysia
    Takaful
    Takaful insurance

    BalasPadam